Midah Bler lg ucu dah langkah bendul ni...2Kali langkah lg tau...Cepat2 tahun depan wat kenduri sekali..kih..kih..kih
"Perasaan Kasih Adalah Kecintaan SUAMI Pada Isterinya.Perasaan Sayang Adalah Sayangnya SUAMI Kepada Isterinya Meskipun Ada Keburukan Pada Dirinya" **lelaki Yang Paling Baik Akhlaknya Adalah Lelaki Yang Paling Sayang Pada Isterinya, Sementara Wanita Yang Paling Baik Ialah Wanita Yang Menyenangkan hati Suami Apabila Suami Memandangnya**
Monday, November 30, 2009
PIC UCU BERTUNANG 281109
Midah Bler lg ucu dah langkah bendul ni...2Kali langkah lg tau...Cepat2 tahun depan wat kenduri sekali..kih..kih..kih
CERITA-CERITI - BALIK KAMPUNG RAYA KORBAN.....
Monday, November 23, 2009
BESDAY HAKIMI
Thursday, November 19, 2009
RUMAH..RUMAH ..IMPIANKU....
Hari selasa tu En Hubby aku ngn member dia MIZAN g arr tengok umah tu kt Shah Alam..nk cari kt area kota damansara mahal2..jd terpaksa arr cr kt shah alam, En Hubby aku dah siap bayar deposit tuk umh tu...ahad ni En hubby nk bawa aku g tengok umah tu...En Hubby aku cakap umah tu dah siap 55% arr tahun depan boleh duduk arrr..alhamdulilah...Tp bler pikir2kan smula...nk masuk umah baru..bayak ooo modal akan kuorr..Harap2 adalah bonus aku tuk tahun ni ngan tahun depan boleh arrr menampung sikit pembelanjaan tuk masuk umah baru....emmm x sabar rasanya.. hee..hee korang semua doakan arrr agar impian ku ini akan jd kenyataan...amin....
Aku dah servay area tu...mmg hidup bermasyarakat arr...cz smua bumiputra..alhamdulilah...itu yang aku nk..hidup bermasyarakat..yer arrr kalo jd cam katak bwah tempurung x best arrr..yer arrr kalo ada apa2 blh tolong menolong kan...Aku suka arr design umah tu TP sayang....xdek tanah camner aku nk bercucuk tanam xkan aku nk tanam dalam pasu je...emmmmx best arrr x mencabar....hee..hee
ESOK BESDAY BABY ku......HAKIMI
BERITA TERGEMPAR...OOOO
korang huu..huuu
Ni je pic yg aku blh upload kan tuk korang.....
Bukan Keter cikai2 tau smua kete import.....Entahlah...
Wednesday, November 11, 2009
KAU ADALAH YG TERBAIK UNTUKKU....Mohd Hairul Annuar...
Statement ini adalah sekadar renungan buat kiter yang bernama SUAMI ISTERI
**************************
" Aslina, sudah berapa tahun awak berkahwin, " tanya Sybil, guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina."Emm..sudah masuk tahun ketujuh, kenapa ? " Saya menjawab dan berbalas tanya pula."Awak hati-hati. Biasanya, ramai pasangan yang berpisah pada usia keenam dan ketujuh perkahwinan mereka." Katanya sinis tanda mengusik." Alamak Sybil , cuba awak rasa mulut awak, "saran saya tiba-tiba."Why?"Sybil tertanya-tanya."Kalau masin mulut awak tu, susahlah saya."
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.
Tuesday, October 27, 2009
DOA SEORANG ISTERI...
Ya Allah.
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
TERKINI...
SUAMI & IBU
50 PETUA MENJADI SUAMI IDAMAN....
"Siapa yang lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi"
"Semuanya indah bila bercinta kerana Allah. Bertemunya tidak jemu. Berpisahnya tidak gelisah."
"Perkahwinan selalunya dimulakan oleh cinta...tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab"
"Kita dicipta berbeza. Marilah kita akui dan raikan perbezaan itu. Ia bukan pertentangan...tapi satu keindahan!"
Wednesday, October 7, 2009
BUKIT GAMBANG CITY WATERPARK
Tuesday, October 6, 2009
PERMATA HATI IBU&ABAH
Ikut Muka sapalah HERO.... IBU & ABAH ni....hee..hee
Semoga KIMI jadi anak yang Soleh,Menghormati Orang Tua...Ni Ibu ada TITIPkan mutiara kata khas untuk panduan anak ibu apabila DEWASA kelak dr DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Hayatilah....
“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”
“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”
“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”
“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”
“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”
“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”
“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”
“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”
“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”
“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”
.“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”
“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”
“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”
“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”
“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”
“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”
“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”
“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”
“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”
“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”
“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”
“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”
“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”
“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”
“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”
“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”
“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”
“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”
“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”
“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”
“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”
“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”
“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”
“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”
“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”
“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”
“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”
“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”
“Sama menolong sama beruntung.”
“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”
“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”
“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”
“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”
“Dare to be different.”
“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”
“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”
“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”
“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”
“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”
“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”
“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”
“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”
“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”
“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”
Sekian...
Monday, October 5, 2009
NASI IMPIT vs RENDANG AYAM...
Sunday, October 4, 2009
AKU TERUJER...
BUKIT GAMBANG WATERPARK RESORT CITY
Aku bertolak kul 9.00 pg sampai kuantan kul 12.00t/h tersesat cari umah...kiterorang pusing punya pusing baru jumpa yerla kan seINGAT aku sekali je aku pnah g umah dia...dah lama dah tahun 2003 kalo x salah aku arr tu pun masa "arwah ayah kwn aku ni meninggal.." emm apapun alhamdulilah jmpa gak...
Dah lama nk makan nasi knduri...last2 dpt gak makan..banyak lauk pauk dia puass oo makan..tu pun kna controll sikit..hee..hee apa pun mmg berpuas ati..
Aku balik kul 3 arr dr sana, x smpat aku nk slam ngn pengantin yer arr masa tu dia ngan di tepung tawar oleh famly kedua2 pihak...Apapun kak E aku doakan agar ko bahagia di samping org yg tersayang ok...Muah..(Bercinta masa belajar lg tau...Mesti Poli akan mnjadi sejarah percintaan korang nnti kan..)
kat sana aku jumpa Renny, Ina ngn Kak Tie je..yg lain aku x nampak...Emm oklah lps aku balik dr umah kak E aku ngn HB aku trus g GAMBANG waterpark...9sesaje bawa si kecik ni main2 air..ok arr tempat dia..Pic nnti aku masukan..Memandangkan Waterpark tu baru buka.. tiket masuk bg dewasa rm 19.00 je..emm murah la tukan...aku rasa nnti tiket dia msti semahal sunway logun kan...emm apa pun kitre tunggu je...
Waterpark tu tmpat tersorok sikit arr tp mmg best arr..aku x jd tdo sana..ngt nak bermalam kt sana tp x jd cz ada program lain esoknyer (ahad). aku ikut je cz HB aku yg drive apapun.....kcian dia tau...letih ooo..
Nanti korang ada masa korang bawa arr anak bini korang g sana mmg best...dahlah murah...pastu sgala kmudahan ada tau...setiap kawasan akan ada org kawal..memang best arr...kalo korang x caya nanti aku masukkan pic ok...
KENDURI KAWEN ..E.Z.U.R.A & F.I.R.D.A.U.S
Sama Cantik, Sama Padan...
Selamat Pengantin Baru.....Semoga Kekal Hingga ke akhir hayat..
Semoga Berbahagia...
Kak Tie & AKU
Kak Tie & Renny (Ni..Bakal Mengikut Langkah Aku,Ezura Ngn Ita)
Friday, October 2, 2009
CITER MASA MALAM 30 09 09
JOMzz LAYANzzz T.A.G - II
SOKLAN CEPU+MAS
Nama timangan:
Ayg, Ibu, Maa,Cemah....CT
Anda seorang yang:
Simple, Lembut,Pemalu,degil@ Keras kepaale blablablaTp aku rasa kalo korang nk tau lebih lanjut..pasall aku...korang kenal kenal aku dlu.."x kenal makan x cinte" tul tak?
Lagu kesukaan:
More on slow rock, Jie-wang2
Movie terBesttt:
Lawakz Jenaka,Cintan Cintun,Perang2, Banyak lg oooMalazzz nk tulih..
Makanan kesukaan anda:
Emmm Masakan Kampung..Westen2 ni aku x minat- Nak wat guane LIDAH MELAYU.. hee..hee
Minuman kegemaran anda:
Ayaq Kelapa,Ayaq Buah, Ayaq Suam Yang Penting Bukan Air yang berGAS kuikuikui
Sikap yg membuatkan anda stress:
Bler Depan kiter punyer arr baikk tp kt belakang nauzzubillah....(Talam 2-3 Muka)
Benda yg mesti ada dlm beg:
Wallet (include card, money, IC, ), H/phone, compact, lipgloss,kunci umah..banyak lg arrr kalao x penuh beg x sah...hee..hee
Kali terakhir anda menangis dan mengapa?
Emmm Masa raya ari tu...hu..hu..hu..syahdu sungguh masa salam bersalaman..Bler gaduh ngn HB ha..ha..haarrrrr
Okies Dah Siap....
Thursday, October 1, 2009
JOMzz LAYANzzz T.A.G
2) MENGHORMATI IBU & ABAH KU
4) BERTANGGUNGJAWAB
5) PANDAI MENGAMBIL HATI
6) BIJAK
7) X PANAS BARAN
8) KELAKAR @ MANJA
9) AMBITIOUS
p/s---> Apa yg tsenarai di atas...adalah ciri2 yg aku nk...Alhamdulilah SEMUA ada kt HB aku...Aku tau wanita skrang pun da pndai mncari lelaki yg ad agama yg tggi...wanita zaman dlu dan skrg lain...tp itu hanya yg drancang...segalanya Allah yg tntukn...stp pemberianNya ad hikmahnya...kte perlu bsyukur...dan jika kte x dpt ap yg kte inginkn...bsabarlah...Allah pasti ada agenda yg lbh baik bt kte.....insyaAllah...
Wednesday, September 30, 2009
KITER TUNGGUUUUUUU
Tunggu malam ni kezutan Dr Ayang & KIMI..
Hee..hee
Kalau Korang Nk Tau...
Esok Kiter Cter.....
Yang Penting...
SUSPEN.......
Hee..hee
Tuesday, September 29, 2009
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG
Semoga dipanjangkan umur,
Monday, September 28, 2009
PETUA KAHWIN
PETUA-PETUA KAHWIN
Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
- Sentiasa berdoa agar disayangi.
- Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
- Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
- Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
- Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
- Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
- Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
- Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
- Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
- Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
- Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
- Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
- Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
- Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
- Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya
- Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
- Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
- Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
- Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari
- Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
- Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
- Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
- Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
- Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
- Sentiasa lakukan ibadah bersama.
- Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan danmemberitahu anda sudah selamat sampai.
- Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
- Urut belakang isteri sekali sekala.
- Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
- Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
- Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
- Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala
- Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
- Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
- Lebihkan isteri daripada anak-anak.
- Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
- Seeloknya masuk tidur serentak.
- Belai isteri sebelum pergi kerja.
- Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
- Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
- Lakukan riadah bersama isteri.
- Pergi berkelah sekali sekala.
- Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.