Wednesday, September 30, 2009

KITER TUNGGUUUUUUU

Selamat hari lahir sayang...

Tunggu malam ni kezutan Dr Ayang & KIMI..

Hee..hee

Kalau Korang Nk Tau...

Esok Kiter Cter.....

Yang Penting...

SUSPEN.......

Hee..hee

Tuesday, September 29, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG

SELAMAT ULANG TAHUN yang ke 28 Yer SAYANG
"Happy Birthday to You! - (Syg/Abah)
Happy Birthday to You! - (Syg/Abah)
Happy Bithday happy Birthday!
Happy birthday to You...." (Syg/Abah)
Semoga selalu dalam lindunganNya…
diberi kemudahan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan….
diberikan kemudahan rezeki…
amiiiiin…



Semoga dipanjangkan umur,

diberikan kesehatan…
melihat anak-anak kita lahir dan membesar,
menjadi anak-anak yang soleh dan soleha…
menjadi suami terbaik buat Maa dan ayah terbaik bagi anak-anak kita nantinya…
amiiin…

Monday, September 28, 2009

PETUA KAHWIN




PETUA-PETUA KAHWIN
Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?

  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan danmemberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

Sunday, September 27, 2009

KAKI PANCING

Nak Di jadikan cerita...HB aku ni minat sangat memancing...sblm ni kalo balik kg msti pancing dia bawa balik...kununnyer nk pancing arrr,....sblm ni dia g ngn adik dia yg bongsu...tp mungkin dia blm lg mndapat kepuasan tuk memancing...czz dia x dapat apa yg dia idamkan...slalu pansing dpt ikan kcil2....baru2 ni dia adalah g ngan adik ipar aku...g mancing kt mana tah...sungai kemahal.....
Mula2 nk g ari khamis tp dah umah besan abah kndri...x jadilah....g ari tu...pastu diaorg dscuss smula...diaorg gie arr ari jumaat tu..dari kul 8.30 diaorg g sampai kul 9.00 malam...hu..huu...sabar jelah..tp hasilnyer oklah...cz dpt 4 ekor pari sungai..1 udang galah..ngn ikan apa tah lg satu tu...aku keciwa cz udang galah dpt sekor je...sabar jelah.....apa2 pun korang layan arrrrr kegembiraan diaorg untuk mendapatkan...hasil pancingan diaorg itu....hee.hee.Aku x kisah kalo HB aku suka mancing.....cz aku tahu dia mancing ikan di sungai,,...TP bukan ikan-ikan di luar(POMPUAN) hee..hee apa pun aku yakin ngn kesetiaan ngn kejujuran dia pada aku.....LOVE U SO MUCH..

Amacam ok tak?

Wah2 wah......Hebat BRO...

HB ku ngan parinyer.....BESTla tuuuuu

PIC UMAH MERTUA (RAYA)

KENANGAN TERINDAH...
MEMORY RAYA 2009
Pic AKU + BABY + HUBBY
kimi ngamuk....sabar je lah....czz nk B.E.B.A.S

Kimi Sibuk ngan Tudung Bekas Kuih ngn Sudu (tunjuk perasaan)
AKU + MAK MERTUA + HUBBY + BABY
Kenangan Terindah 20.09.09

Tembamnyer la aku....Kna DIET ni...huu..huu ke baju aku yg menampakkan DIRI aku ni besar..hee..hee


ABG NGAH HB + Mertua + KAK NGAH


FAMILY ABG LONG..HUBBY...
Harizz + Kak Long + Abang Long + Farah + Ira

Family besar HBku.....LOVE U soooooo Much..

R.A.Y.A

Selamat hari raya semua aku ucapkan....Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki seandainya aku ada buat salah pada korang semua yg mengenali diri ini...terutama skali kepada Mak abah serta adik beradik di kampung....Family mertua.....kawan2 aku ingin memohon kemaafan dari korang semua...maafkan sgala kesalahan aku ek....

Raya Tahun ni kalo ikutkan perancangan aku akan beraya kt umah mak aku...memandangkan raya ke 3 mngikut perancangan.... umah aku nk buat "OPEN HOUSE" seperti tahun2 yg lepas2 (Mmg kna buat) tetapi ada masalah sikit cz raya ke 4 tu umah akak ipar aku ada knduri anak buah dia kawen(so abang aku ngn akak ipar aku bzz skit arr) tu yg kna tukar wat OPEN HOUSE raya ke 2 tu...

Raya pertama aku beraya umah mak mertua.....Dan pagi raya ke 2 aku bergegas arr balik umh mak aku...cz menu yg perlu aku sediakan ..adalah LAKSA....hee..hee Abg sulong aku..Nasi hujan panas, abg no 2 mee kari+ mee sup, Kakak sulong sate...Mak bubur kacang + agar2.. emmm..Alhamadulilah meriah...walaupun ujan...

Sunday, September 13, 2009

SHOPPING RAYE....

12/09/09 (Saturday)
Ari ni aku ngn HB g shopping layer...yer arrr ni adalah minggu terakhir sebelum bln syawal menjelma(RAye).
KIMI aku tinggal kt umah akak aku cz baby cam x berapa sihat bdn suam2 (lgpun kalo bawa baby...takut tak tershopping plak..yer arrr org dah pandai jalan kan mstilah nak bebas)
aku sampai SOGO kul 9.30 mak oiii ramai gler org menunggu kat luorr...ish..ish..saborjerlah. Aku tngok ada yg bawa baby...uhh..huu..huu ksian ooo tempat penuh sesak bawa baby plak...dahlah skarang ni wabak H1N1 tu ngah PANAS...sabar jelah..mintaklah di jauhkan...aku ngn HB pakai tpeng muka lg..hee..sebagai langkah berjaga2.takut ooo
Memang ramai org kt sana, (mcm semut plak) hee..hee alhamdulilah smua brg aku dpt cari dr barang HB, baby KIMI,mak abah,mak abah mertua, adik beradik..emmmm smua sdh dpt cari...CUMA..
>
>
>
Baju aku je....cz xdek yg berkenan...hrp nnti adalah yg aku bekenan...
Tema aku tahun ni coklat ngn hijau lumut...yerlakan raya 2 bjik umah.
Raya Pertama>>>> UMAH MAK KITER
Raya Kedua>>>>>> UMAH MAK MERTUA
Persiapan raya aku tahun ni biasa sahaja,Sederhana sahaja tp aku akan pastikan ianya tetap meriah.....

ALHAMDULILAH

Emmm...Alhamdulilah...rezeki aku bertambah sikit tahun ni...Syukur alhamdulilah...Terima kasih VMS s/b.hee.hee

HB aku pun alhamdulilah bersyukur sesangat...aju jangka tahun ni HB aku x dapat B*N*S....tp alhamdulilah...berkat 10 bln dia berkerja kt tmpat baru tu...syukur sesangt...

Tuesday, September 8, 2009

090909 Emmmm


090909 emmm cantik kan no tarikh tu....Emmm bg aku xdek apa2 arr yang menarik CUMA.....


HARAP2 ari ni 090909 ada 1 berita gembira tuk aku ngn kawan2 opis aku..hee.hee

Yerlakan nk rayer..hee..hee smoga doaku di makbulkan......

MENJADI JUTAWAN DI BULAN RAMADHAN....Berminat Tak?

BerMinat Tak? Aku...NaK SanGat..."SEMOGA AMALANKU DI TERIMA OLEHNYER.." AMINNNN

~ Bulan Ramadhan~
Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala

Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala

Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala

Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900

pahalaSolat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala


Mari kita tukarkan dalam bentuk RM


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00

Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00

Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00

Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00

Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00


Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hariSahaja!!!!



Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.


Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?


Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!Mengapa?
Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu’alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu…….

P.A.N.A.D.O.L MERBAHAYA...BACALA.....

PANADOL MERBAHAYA


AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol.. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.



Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.


Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?


Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Friday, September 4, 2009

INFO..."IBU AYAH JOM BACA"...

Perangai budak2 memang camni kan? Adamasa tu aku geram betul, nak marah sangat nak2 time aku penat2 balik keje dan diorg buat perangai. Kadang2 rasa lawak n terhibur bila diorg buat aksi yg kelakar dan mencuit hati. Yang penting, aku kena banyak bawak bersabar. Rumah tu tak boleh nampak kemas, memang ada tukang menyepahnya. Tak sampai 10 minit lepas menyapu, mesti ada semula sampah sarap.

Aku ada baca pasal Shichida Methods, iaitu cara jepun melatih anak menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif daripada otak sebelah kiri. Meh aku share sket cara2nya. Aku google je sebenarnya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah…. tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak tu dah tidur, ramas-ramas / picit jari atau tangan dia supaya dia kembali berada dalam situasi tidur2 ayam.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Adabanyak jual kat kedai… blh ajar ABC, 123, buah, anggota badan, haiwan dll. tunjuk kat dia orang cepat-cepat.. insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu… seeloknya, guna la English…

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang la kita yang kene mengemas tapi takpe…satu lagi cuba lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh anak sambung lukis ikut apa yg kita lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan…. tau tak kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab diorg makan guna chopstik…chopstick tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab diorg boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat diorg…

5. Satu lagi utk develop imagination anak by start bercerita kat diorang dan suruh diorg sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa..

6. Main teka-teki ngan diorg, contohnya letak satu barang dalam kotak tissue and suruh diorg teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam bagi tau colour, bunyi, lama-lama diorg boleh develop six sence by concentrating. Diorg boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Buat setengah jam je sehari, tak yah lama2.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ke, basuh kain ke tengok tv ke, tak jadi….tapi semuanya atas keizinan Allah, kalau Dia izin anak kita pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik

Sekian catatan dari saya yg dah lama tak mengupdate blog

Thursday, September 3, 2009

KARIPAP PUSING


Hari ni datang rajin teringin nk buat karipap pusing. Dah lama sebenarnya nak mencuba... tapi baru hari ni tergerak hati nak membuatnya hehehe.Lama tak buat....Jadi ke tak..tah.. Harap2 pas makan karipap ni kepala tak lah berpusing2 lah ya. Maklumlah nak membuatnya amat lah cerewet dan perlukan kesabaran. Nasib baiklah aku ni tergolong dari orang2 yang sabar, aminnn.


HB aku suka sangat ngn karipap..x kisah arr pusing ke apa ke janji karipap..Korang tau dr ari pertama puasa sampai sekarang ari ke 14 karipap mmg x penah miss.Tak puas kot..yer arr 2 singgit tu kalo kt bazar TTDI..kalo kt KD 1 tu 40 posen...


Tak pe sayang nnti ayang buatkan tuk sayang.. " Resepi ni dr mak aku....sanggup aku bukak kitab masakan aku gara2 nk buat karipap ni" hee..hee


Karipap Pusing


Bahan utk Doh:

1. Doh minyak

300 gm tepung gandum

secubit garam

1/4 cawan minyak masak (CT panaskan sekejap)

1/2 cawan air suam (CT tambah sedikit lagi)


* Campurkan secubit garam dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menguli sehingga doh tidak melekat di tangan. Asingkan dalam satu bekas.


2. Doh marjerin

150 gm tepung gandum

100 gm marjerin
* Letak majerin sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tak melekat di tangan. Asingkan dalam bekas yg lain.


Bahan utk inti:

2 biji kentang sederhana besar atau keledek

2 keping dada ayam- dipotong kecil-kecil (Daging kisar @ sardin pun blh gak)

2 ulas bawang putih (tumbuk halus)

1 biji bawang besar (tumbuk halus)

1 genggam udang kering, direndam & ditumbuk halus.

3 sudu besar rempah kari

1 pelepah daun kari

Garam dan gula secukup rasa.
Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus (Ikut suka arr nk ltk ke tak..aku x letak tp mak aku letak..)


* tumiskan bahan-bahan tumbuk dan daun kari, masukkan rempah kari dan tambahkan sedikit air untuk mengelak tumisan hangus. Masukkan isi ayam, gaul sebentar dan masukkan ubi kentang. Tambahkan air sehingga terendam ubi kentang. Masakkan sehingga ubi kentang lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukan daun bawang dan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

Nota: Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Aku guna ubi kentang dan ditambah dgn isi ayam.Cara membuatnya:


1. Bahagikan doh minyak kepada 5 bahagian dan bulat2kan. Buat yg sama kepada doh marjerin. Saiz doh minyak akan menjadi 2 kali ganda lebih besar dari doh marjerin.
2. Leperkan doh minyak dan letakkan doh marjerin dan balut hingga menutupi keseluruhannya, gumpal hingga kemas dan menjadi bulat.
3. Gelek doh tersebut hingga leper dan kemudian gulung seperti swiss roll.
4. Gulungan swiss roll yg memanjang ini kemudian digelek lagi untuk meleperkannya.
5. Doh yg leper itu digulung lagi seperti swiss roll tetapi kali ini buat gulungan pendek.Setelah siap, potong setebal 1 cm utk setiap kepingan.
6. Gelek nipis setiap kepingan. Kepingan yg digelek ini akan menjadi kulit luar karipap.
7. Letakkan inti secukupnya keatas kepingan kulit karipap dan kelim kemas ditepinya.

8. Siap utk digoreng.

PUTERI AYU



Puteri Ayu (mmg ayu arr kuih ni cam Puan punyer blog ni...hee..hee)
perasan la plk..


Bahan-bahan: Kalo dah PRO korang blh campak2 je...

1 biji telur

80 gm gula halus

80 ml pati santan

1/2 camca teh pes pandan

90 gm tepung gandum

1/2 camca besar tepung ubi (disatukan dan diayak)

1/2 camca teh ovellate

1 cawan kelapa parut putih**

1 camca besar tepung jagung**

1/4 camca teh garam halus (digaul rata)**


** gaul skali..
Cara-cara:

1. Sapukan acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak, kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.

2. Putar gula dan ovellate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes pandan dan gaul rata. Pelahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.

3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. kukus atas air mendidih selama 15 minit (kukus 10 minit jer)

4. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan

Korang tau tak ovellete?

Tu kalo x salah aku blh lembutkan kuih kiter...blh gak masukkan dalam kek...lg sedap ooo

KUIH CARA MANIS

Kuih ni Febret aku tau...ari tu aku cr kt bazar ramadhan cara berlauk 3 singgit...sabar jer arr x puas aku mkn...tnsion je bln pose2 ni...bg arr 5 singgit ke ok apa...cz kuih tu kcil2. Ari selasa ari tu...pengasuh kimi anta cara berlauk ngn cara manis..sedap gler...puas aku mkn... hah ni aku lampirkan resepinyer....

Korang buat arr comporm sodap..

Ni tuk cara manis kalo nk berlauk korang gantikan gula ngn yg berlauk arrr aku slalu buat ngn serunding xpun paling snang wat sardin (msk kering) pastu tbur daun bawang sikit atau daun sup...sedap oo


Kuih Cara Manis


Bahan-bahan: (utk 12 biji kuih)


100gm tepung gandum


200ml santan sederhana pekat/susu segar

1 sudu besar jus pandan (boleh diganti dgn esen pandan)


1 biji telur


1/2 sudu teh garambeberapa titik pewarna hijau


gula sebagai inti





Cara-cara:



1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.

2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.

3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit aje.

SELAMAT SEMPAT...

Em...Tulaaa Layan Novel lg....selamat aku sempat sahor..tu pun kul 5.30am..aku kunci jam kul 4.45 mayb aku terlupa save kot alarm kau...sabar jelah...
sahor td aku mnum air milo + biskut bkn apa alas perut je cz aku tkut kna gastrik. Aku kalo kna gastril trus naik kekepala (migrain)...oo emm sabar jerla..
Semalam aku layan novel ...tu yg tdo lwat tu,...bkn lwt sgt pun kul 11.30...nk wat camner sedap sangat tdo....hee..hee..
Ari ni ank buah HB aku dtg cuti kan 3 ari..apalah aku nk mask ari ni..
Semalam aku masak pulut+sambal bilis+serunding daging (baru bli dr kelantn tuu..) sedap ooo nk mkn lemang x kesampaian jd makanlah pulut..hee..hee.
KIMI pun suka....sbuk dia nk makan....cabar jelah...

BAJU LAYER....


Huu..hu.. dah 14 hari kiter umat islam berpuasa...pejam celik pejam celik.. lg 2 minggu lg nak LAYER...Korang mesti dah ada baju rayekan...hu..hu.hu..Aku, HB ngn KIMI xdek lagi....huu..huu.hu. X g Shopping lg arrr.




Aku tahun ni baju SEGERA arr..mals arr nk tempah..mahal sgt..walaupun adik aku tukang jahit...tp x sampai ati nk srh dia jahitkan baju aku...aku tengok adik aku tu pun BZZ.....minggu lpas aku balik sebakul baju dia kna jahit...cian adik aku..nk buat camner apapun PELANGGAN no 1, korang tau baju adik aku pun dia x buat lg tau....hee..hee




Emmm aku TEMA dah ada tp bler ek nk shopping mopping ni...emm




Lg satu aku harap raya tahun ni adalah rezeki lbh skit (cam tahun lepas...he.e.he apa lagi BONOS arr) aku hrp adalah baru best nk shopping...




Aku 1 persediaan pun aku x buat lg....maybe minggu dpan baru nk shopping kot....hee..hee. Tahun lps HB aku dpt bonus gak...tu yg rayer sakan....tahun ni...dia kjer kt tmpat baru...emmm kalo x salah aku dah 10 bulan..hrp2 adalah bonus skit...x dpt 3 bln pun dpt 1 bulan pun jadilah...he..hee"Kite doa byk2 yer sayang" smoga rezeki kiter bertambah....AMIN..
Nampak gayanyer tahun ni aku shopping last minit arr...baju KIMI slamat ada dah 2 Pasang tp mana ckp rayekan SEBULAN....hee..hee.hee

KUIH KACANG @ KUIH KASTURI..


Emm...cam sedap je...aku ingt ptg kang aku nk buat kuih ni....kacang aku dah rebus....emmm lama x makan...yummi..yummi..KIMI Cuker kuih ni...


emm kat cini aku kongsi ngn korang smua recepi kuih ni..aku blajar buat kuih ni dr mak aku arr...cedap ooo makan kompom x ingat nk benti..hee..hee..Nanti blh arr aku kasi sikit kat akak sebelah umah ngn Pengasuh KIMI nanti.....biasalah...bulan puasakan....tukar2 juadah....hee..hee


Bahan2nyer (Tuk kacang dia arr)

1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)

1/3 cawan gula pasir

1/2 cawan gula merah

1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)

Air secukupnya untuk merebus


Bahan utk Tepung Salutan:

1 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil kunyit serbuk

1/2 sudu kecil air kapur

Air secukupnya sedikit garam Minyak untuk mengoreng


Emm senang je kan..

Cara2nyer:-


1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).

2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.


3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.


4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.

5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.


6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi. (Tapi Bulan Pose ni Tuk Berbuka je arr jgn makan waktu pagi plak)

Wednesday, September 2, 2009

MANDI W.I.L.A.D.A.H



Mandi Wiladah Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked to several ladies...and setakat nie semua tak tahu yang there exists mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi after bersalin..separate hadas besar...reason being sekiranya ajal menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam keadaan bersuci... Sampaikan pada kawan2 yang lain....yang mungkin tak perasan...thanks.



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila antara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse,mereka ingat mandi hadas hanya selepas darah nifas habis.


Para bapa langsung la sebab mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas suami tu membimbing isteri.. ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh semua orang. Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk angin. Saya terfikir balik, selama ini saya take forgranted dan assume semua orang tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Perkara Wajib mandi hadas besar
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani

2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan:
1. Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)

3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran. Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar)
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas. menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:

"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atasku kerana Allah Taala".
Tula saya teringat orang tua-tua kita kat kasi org dalam pantang tu mandi basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang. Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap kelahiran... katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari. Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk... cuma pastikan air tu tak jadi air musta'mal.
Itu sahaja. Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang lelaki tu ingatkanlah bini-bini anda dan adik-adik pompuan. dan yang pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara sedara pompuan yang lain... InsyaAllah

6 PESANAN KHUSUS UNTUK KAUM WANITA

Just nak share dengan korang semua sebagai seorang isteri dan Ibu..

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal( kan ) solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Di anjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

MANDI WAJIB DENGAN BETUL


Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.'Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,' tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara.
  • Pertama, Niat.

  • Kedua, Menghilangkan najis di badan.
  • Ketiga, Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

    Niat mandi wajib:

'Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.'Atau

' Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala'.

'Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:


' Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.

' Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ' Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala'.


Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.


Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.


Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.


Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.


Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.


Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.


Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.Panduan Tambahan


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.


3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', 'Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii' (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur


5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.


6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tuesday, September 1, 2009

BEST BALIK KAMPUNG

BAJU LAYE






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...