Tuesday, February 22, 2011

Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah CURANG samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian.

Allah swt berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kita ini manusia biasa yang tidak sempurna pasti akan diuji dengan melakukan kesilapan demi kesilapan. Yang paling penting apabila kita sedar bahawa kita telah melakukan kesilapan maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf kepada mereka yang kita sakiti. Percayalah mengakui kesilapan dan memperbaiki diri itu adalah perbuatan sungguh mulia di sisi Allah swt. Begitu juga memaafkan mereka yang telah insaf juga adalah sifat yang mulia kerana Allah swt itu setiap saat sentiasa memaafkan manusia yang sentiasa sahaja membuat dosa.

Manusia sentiasa sahaja diuji Allah swt untuk mengukur tahap iman mereka. Namun kita sentiasa sahaja marah kepada Isteri, Suami, Anak, Keluarga, Sahabat, Pekerja, Majikan, Kerajaan, Pembangkang, Blogger dan dunia apabila ada masalah. Bukankah apabila kita marah pada mereka itu bermakna sebenarnya kita marah kepada yang memberi ujian itu kepada kita iatu Allah swt??

Thursday, February 17, 2011

ANNIVERSARIKU YG KE 4 & ULANGTAHUN KELAHIRANKU..YG KE 28


14 February 2011
adalah ulang tahun kelahiranku yg ke 28 (bertambah umurku hee.hee Alhamdulilah aku telah di beri kesempatan untuk bernafas lg di samping insan2 yg ku sayangi en hubbyku & jua ank2ku..) Kitaorg meraikan...tidaklah besar2besaran hanya dgn sebiji kek dr en hubby hakimy & jua amany..(tq shayang2 ibu).Bersyukur sekurang2nya mereka masih mengingati hari lahirku...so sweet.
Hadiah yg aku perolehi dr en hubby ADALAH: "HAND BAG" tq..shayang..(Pic akan di susuli nnti cz ibu x berkesempatan)


17 February 2007 adalah tarikh aku disatukan dengan MOHD HAIRUL ANNUAR BIN ALI di masjid JENGKA 10. Qadi yang menikahkan kami ialah Ustaz Syariff. Itu bermakna sudah 4 tahun kami berkahwin. Dalam usia 4 tahun perkahwinan kami, bermacam dugaan dan halangan serta kemanisan yang telah kami tempuhi. Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah kerana mengurniakan kami kemanisan cinta dan kasih sayang yang diikat dengan kelahiran putera sulong kami, yg di beri nama Muhammad Farish Hakimi pd 21 Nov 2007 Kemudian baru2 ini pd 19 nov 2010 aku tlh di kurniakan seorg Puteri yg sgt comel yg di beri nama..Fariesya Nur Amany..

Tidak ku sangka..sudah 4 thn "MAHLIGAI CINTA" kami terbina..Alhamdulilah kasih syg kami ttp sma sperti masa bercinta dulu..lg2 dgn kehadiran PUTERA & PUTERIku ini...yg perting dlm sesuatu perhubungan itu adalah KEJUJURAN,KEPERCAYAAN,KESETIAAN,KESEFAHAMAN amatlah penting kalo tiada semua tu...pasti tidak akan bertahan lama.

Wednesday, February 16, 2011

ORG KATA "GULA" ITU MANIS, ADAKAH SEMANIS KENANGAN INI....

ORG KATA "GULA" ITU MANIS, ADAKAH SEMANIS KENANGAN INI....
dengan bertakhta dan bersendikan sunah rasul,
izin berwali ijap bersaksi,

memadu pertemuan dua hati,(Maa&Nuar)
moga hidup dan mati diberkati Ilahi.

sejarah terukir nilai permata,

lembaran sejarah kini bermula.

ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Permohonan kami dengan redhaMu,
jadilah kami suami isteri
yang mencintai dikala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghiburkan dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
saling menyempurnakan dalam ibadah

Dengan doa restu juga ikhlas di hati
Kami kemudikan bahtera ini
Moga bahagia kekal dan diberkati
Terus berkekalan tersimpul mati.

Moga Allah sentiasa merahmati perkahwinan kita … Amin.

BUSAN...."MENGULAT SIKIT"

Sakit kepala.....

Kepala sakit....

sakit sgt kepala...

kepala sgt2 sakit....

(Maksud yg sama cuma ayt je lain hee.hee)

Bdn yg Letih...

Letih sgt bdnku....

Badanku sgt2lah letih...

Apalah yg aku mngarut ni...sesungguhnya fikiranku+bdnku...amatlah lth..cuti 1 hari tdk cukup bgku.....aduyai..tulun..tulun..

Tuesday, February 15, 2011


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Friday, February 11, 2011

LoVe Is CiNTa

Info nie aku copy paste dr ntah sape2 punya website, tp yg aku pasti org tue pun copy dr org lain...adat blogging~ asalnya info nie adalah post dr fb besfrenku...sayu jap bile baca isi kata2 dibawah...n aku percaya, bile org yg betul2 mengalaminya akan menangis membacanya...apabila cinta tidak dihargai~

p/s: to my besfren, kuatkan laa ati ko...aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk ko...lelaki itu bukan utk ko n aku percaya jodoh ko adalah lebih baik dr die...be strong k...jgn nangis2 dah tau...1day akan ada lelaki yg bg kata2 dibawah nie kpd ko...alwaz luv u...muahhhhhhh~Jaga Ank Ko Elok2...semoga dia akn jd seorg ank yg Soleh ok..


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’.
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tuesday, February 1, 2011

KEBAIKAN SUSU IBU

KEBAIKAN SUSU IBU

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan. Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat. Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti.(insyaallah, smoga anak kita sentiasa sihat :P)

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut. (yang ni yang seronok nih, hehehe)

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan. Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun? Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

p/s : Teruskan BF anak anda yer :) bagi yang tak dapat, mungkin ada hikmahnya... Allah lebih mengetahui.

AMANY & JAUNDICE

Masa ni dah nmpak mata AMANY kuning cian dia

Entry kali nie nak ceritakan tentang AMANY kena jaundice.Stelah keluar dr KJMC ari sabtu aku trs pulang ke JENGKA. lps beri report kt klinik desa di kampung...aku tertunggu2 gak nurse dtg tp x dtg2..Masa di rumah mertuaku..kakak iparku yg bekerja di unit ICU BB kt hosp Temerloh dtg..dia tengok BB pastu dia ckp.."maa amany ni cam ada kuning...dia cek2 kuning ni dah sampai pert ni..nurse x dtg umah ke check?" aku ckp tak nurse x dtg lg...dia ckp esok g poliklinik perg check cz kuning dia dah sampai pert risau sgt2 huu.hu

esoknya g poliklinik.. nk nangis bler tangan AMANY di cucuk utk ambik drh..selamat ank ibu berisi kalo tulang je...sedih sgt..ni pun dah sdh huu.huu keputusan dah kuar doktr ckp BB kna warded cz kuning dia 17.1 (299) sedih sgt2.tp demi kesihatan AMANY aku setuju.Masuk warded kul 1.30pm.Ini pertama kali saat yg paling meyentuh hati setelah bergelar ibu...melihat si kecik tanpa baju n selimut tido dibawah lampu biru dlm bilik huu..huuu .....cian anak ibu....!!!
HARI PERTAMA - kul 2.00pm nurse ambik AMANY nk cek lg kuning dia kuning naik 300 kesian dengr suara AMANY nangis..(suara kuat) sebak sgt2..lps nurse kasi AMANY kt aku..aku tngok tangan kanan kene cucuk ambik drh...tngan kanan kna cucuk gak tuk masukkan air...ksian sgt..masa tu HUBBY xdek..hanya tuhan je yg tau macam mana perasaanku masa tuu.
Orang ckp kuning BB leh kurang kalo kita kasi susu ibu.aku apa lg susukan lah AMANY tp aku sdh sgt cz susuku x byk lg..apapun aku usaha gak minum air byk2 untuk kasi susu kt AMANY.. masa ltk AMANy dlm bekas yg ada lampu atas bwh..aku tengok AMANY mengelupur kepanasan...sian sgt2 x sanggup aku..callHubby citer kt dia nangis2 aku dia ckp" kena sbr...kena kuat xblh lemah cz ni utk kebaikkan BB gak..kalo syg cam ni BB camner...so kena kuatkan semngt anggap ni ujian".
lps tu kul 8.00pm nurse ambik AMANY lg ambik drh...sekali lg hatiku luluh dengr dia nagis...dan kputusan dia kuning AMANY naik ya allah..terkjut aku..nurse ckp kalo kuning x trun gak mlm ni kna hantar TEMERLOH..hua..huaa lg sedih aku..cz bacaan kuning dia 345 nak 400 tu...sedh sgt.aku penah dengar kalo kuning dia kuat 400-500 leh sampai tukar drh tau..ya allah permudahkanlah segala urusn ini...
Malam tu AMANY duk kt 3lampu atas bawah ngn depan dia..aku hrp sgt2 agr kuning dia akn turun ..

HARI KE2
-pukul 1.00am nurse ambik AMANY tuk ambik drh..tangan dia xpayah ckp lah...kiri kanan bengkak..lebam lbh dr 10 jrum.ksian sgt...dan mlm tu alhamdulilah kuning dia dr 345 trun ke 299 bsyukur sgt2....
Pastu pkl 5.00am ambik lg drh tangan kanan AMANY sampai bengkak...x ckp ngn tangan kaki pun diaorg cucuk tuk masukkan air...sdh sgt2..mmg pengalaman sungguh.keputusannya 296.
pukul 8.30pm - Ambik lg....keputusan dia 299 naik pulak..aduyai..x senang duduk aku.pastu mlm tu aku nekat aku..nyorok2 kasi AMANY minum air halwa kundur...nk dekt 2aun dia minum.. happy sgt aku hrp kuning dia trunlah nk balik umah cz ingt kalo blh kuar wad..nk wat knduri cukur jambul+kesyukuran sikit. hrp kuranglah kuning dan blh balik awal...TP kan aku risau sgt cz lps kasi AMANY air halwa kundur dia langsung xnak duduk kt bwh chaya lampu tu...dia nk bring kt sblah aku ats katill risau sgt kalo AMANY x duk kt bwh cahaya lmpu tu....kuning dia xkan hilang...aduyai aku selalu ckp kt AMANY"BB kena kuat...kena thn..kalo BB x sht nnti ibu+abah+atuk+nenek risau...AMANY kena cpt2 sihat kena kuat..kena lwn..."tiap kali dia nangis kna cucuk ke apa ke aku slalu ckp cam tu...bler aku ckp aku cam dpt rasakan yg AMANY cam faham je....tp mlm tu mmg dia xnk duduk bwh lampu ..dia cam kepanasan aku risau sgt kalau2...kuning dia akan naik.....nak xnak aku tidor jgk ngn dia atas katil..tawakal jelah agar kuning dia turun. huu.huu kul 5.00am pg esoknya kna cucuk lg....kalo trun kuning blh balik tp kalo x kna duk ward.huu,huuu
HARI KE3 - 5.00am nurse ambik AMANY tuk ambik drh..dlm hati berdoa agr kuning AMANY kurg...Kul 10.00am doktr dtg cek BB pastu doktr ckp ari ni mayb ada 2 org leh blik...Aku mmg x berharap pun...yerlah AMANY semalaman x duduk bwh cahaya lampu...huu.huu lgpun kt bilik tu ada 3 BB kna kuning... paling truk AMANYlah cz guna 3 lampu + masuk air lg...so mmg xdek hrapanlah...pastu kul 11.00am bler nurse ckp sesuatu yg mengejutkan aku...korang tau napa?nurse ckp AMANY dah blh balik..aku rasa cam mimpi je....aku tanya lg sekali..nurse betul ke? dia ckp yer...BB ct norhasmah blh blik...aku gmbira sgt2..rasa nk jerit je...hee.hee bsyukur sgt2 bygkan dr kuning BB 299 turun mendadak kpd 240..ya allah bersyukur sgt pastu msa aku ckp2 ngn AMANY yg kitaorg blh balik..petama kali aku tengok dia SENYUM...suka sgt...

Apa lg aku call HUBBY suh dtg settlekan bil terkjut dia...& aku tau dia pun GUMBIRA sepertimana aku & AMANy....selalu kalo time mkn aku mkn sikit je cz hati x tenang tp bler dpt tau berita tu..apa lg...hbs lauk aku mkn..ikan pelata bakar+sup sawi.. tersenyum je aku..kalo x...huu.huu mata xyah ckplah,,ngn x ckp tidur..ngn nangis..emm mmg mncbrrr

BERPANTANG.....

Masa Hakimi ngn Amany aku berpantang di rumah Ibuku...Byk kenangan manis masa berpantang di rumah Ibu dan Ibu mertuaku...Biasalah...Minggu Pertama dan Kedua mmg mencbr arr yerlah ngn nk jga luka bsalin ngn BB (masa tukan bdn kita msh lmh lgkan)Lg2 masa lps bsalinkan KIMI dulu...cz ni pngalaman yg ptama bgku dan juga ibuku cz setelah 10 thn xdek BB kecik tetiba KIMI lhr mmg kekoklah tp alhamdulilah ibuku blh handle..aku ngn KIMI mmg di tatang bagai minyak yg penuhlah..pemakanan ku mmg di jga Trimakasih mak. shayang mak..hee.hee

Alhamdululah semasa tempoh berpantang ank ptama & ke2 mmg x banyak ragam kasi susu dah kenyang tidurlah dia...bsyukur sgt2...aku ingt lg masa hari ptama lps bsalinkn KIMI nk duduk tkut sgt..seriau kan kena jhitkan...nyiluu je...slmat ada mak ngn hubbyku serta adikku MIDAH bsyukur sgt2 cz di kurniakan insan2 ini..

Slps bsalin 1 benda yg aku tkut bler nk membuang/Sembelit ...hu..huu yerlah ada masa semblit oo.. nk teran tkut cz mak pnah ckp jgn sesekali "MENERAN" cz tkt jahitan tertetas + peranakkan terkeluar...hu..huu mmg menakutkan..& mcm2 lglah...yg pasti aku kalo nk mmbuang aku akan mkn ubt berak(ubt smbelit) cz ia blh mlmbutkan kitanyer N*J*S .inilah yg aku mkn sampai 2 bln.. takuttt ooo beringat sblm kena.

Byk Info yg aku dpt dr ibu dan ibu mertuaku...slpas bsalin.

KENA JAGA PEMAKANAN

JGN mkn makanan yg BERANGIN , makanan yg BERBISA , Makanan yg MEMABUKKAN Makanan yg GATAL.dan byk lglah..Ni menu yg aku selalu mkn msa dlm pantang
MINGGU PERTAMA : menu aku hanya ikan kering gelama bakar + sup sawi itu je..(mmg aku suka menu ni)
MINGGU KE2 -3: Ikan pelata+gelama bakar+sup sawi+lada hitam+bwg putih
Minggu ke 3-4 : baru leh yg goreng2 Ikan pelata+gelama+ayam+daging+sayur

Kuih lak..ari2 apam..putri ayu....(yg tak berminyak+belemak)
Aku lbh rela berpantang dr menanggung risiko lain kalo x jga pemakanan bkn kite je yg sush BB dan org sekelililng pun akan ssh.so fikir2kanlah...

Dan hbs pantang pun aku still lg x mkn makanan yg BERANGIN,BERBISA,MEMABUKAN,BERGATAL cz kesian kt BB cz BB nyusu badan.

Korang lak cam nerr.Ibu & Ibu mertuaku ckp kalau kita tak jga semua ni...peranakkan akan keluar,bdn sakit2,BB kembung tp yg penting ingat kita PEREMPUAN bdn nk pakai lama so pandai2lah jga bdn & diri cz nnti SUAMI cr lain...itu yg di takutkan...huu.huu

BERSAMA SUAMI
Petua orang dulu2 seelok2nya 100hari (pulih luar dan dalam) ni ada info sikit psl topic di atas
  1. Dari segi kesihatan - doktor menggalakkan agar hubungan sex tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses bersalin yang menyakitkan dan memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Apa itu luka episiotomy…? Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin.
  2. Dari sudut agama – darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
  3. Bahaya “air embolism – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya
BERTUNGGU+BERBARUT mmg di galakkan..he...amalan berstokin mkn jamu mmg di galakkan lagi 1 berurut emmm tu mmg aku suka sgt2,...lps berurut ringan bdn..mak ckp berurut blh menaikkan peranakan...membetulkan urat2 yg terbelit2 yer arr baru lps bsalin kan..byk lah urat putus...org dulu 2 ckp kalo besalinkan BB gurl putus 1 urat BB boy putus 2 urat betul ke?maknenyer aku dah putus 3 urat..huu..huu

NOTE: Tak ruginya kalo kita perpantang...ia untuk diri kita gak kan.....hee.hee

PENGALAMAN MELAHIRKAN HAKIMI

Semasa di kg aku selalu menghitung hari bila lg BB nk kuar mmg x sbr sgt2..EN Hubby hari2 call tnya skit dah ke...cian dia..ank pertama mmg teruja kan..sama2 xdek pngalaman nk hadapi situasi tu.pd 20/11/2007 (isnin) cam biasa g check up kt klinik desa...nurse tu ckp xdek tanda apa2 lg ni tp kalo dah ada tanda trs g hosptl..aku ckp ok. blik g klinik smpat pusing2 ngn adik shopping mkanan..masa bli mknan ada makcik tu tnya "ni dah bapa bulan dah ni cz makcik tngok prt tu cam dah kebwh dah" aku ckp...ngh tunggu hari makcik ni pun br balik klinik..hee.hee.

Sampai umah masa tu kul 11.30am en Hubby call sakit tak...kita pun critalah....dia ckp nk abg balik tak? kita ckp xyahlah cz xdek apa2. lps mkn..aku dudukla kt "kerusi malas" x pasti napa org panggil krusi tu krusi malas...hee.hee. Masa tu aku rasa lain sgt prt krap mnngeras+rasa nyut2 kt ari2..aku diam lg...pastu mak tanya napa..sakit ke...aku ckp xlah..ok je..cz mak tngok muka lain..kebtulan masa tu abah nk kuar g jerantut...Ble mak tngok keadaan ita mak ckp ngn abah xyah g lah..nnti kalo ada apa2 ssh.(sbnrnya xdek apa pun cz mmg x rasa skit)Abh ckp abh nk cr brg....abh siap kasi no tel AMBULANS lg hee.hee kalo ada apa2. kul 1.00pm aku g mandi solat zhor & rehatkan dri (tidor) kul 4.00pm aku terjga cz En Hubby call dia ckp nk balik dia x sdp hti kbtulan bdk opis dia admid wad ari tu cz tanda2 nk bsalin aku ckp ikutlah (dlm hati berbunga riang cz hubby nk balik hee..hee )

Lepas hubby call aku rasa x slesa baring cam senak yerlah prt ngh besarkan...mak ckp napa? kita ckp xdek apa2 senak2 je...kbtulan abah balik dr jerantut..mak pun cterlah kt abah & srh abh panggil Bidan Abor.Masa bidan tu dtg...dia urut2 dia ckp ooowh lmbt lg..(pdahal esok dah due) dia urutlah betulkan kedudukan kpla BB agr nnti mdh kluar.Malam tu kul 10.00 mlm hubby sampai..suka sgt2 hee.hee mlm tu teringin nk mkn cekodok bilis ank buahku..byk aku mkn..pastu siap cr rambut gatal lg hee.hee sambil tengok tv. En hubby dah tidor aku stilll kt luar borak2 hee hee kul 12.00 baru msk blik tdor..dlm hati tertnya gak bilerlah BB nk kuar cz ari tu dah 21/11(due date dah) aku smpat tdor 1 jam je..kul 2-3 am aku x blh tdor prt mngeras mmg x selesalah...ke kiri ke kanan x selesa..pastu baru nk tutup mata terdengr bunyi "PLOP" pastu rasa cam air kuar aku paniklah..air apa...apalagi aku trs kejut Hubby dia bler dah tngok air kuar spontan bangun...aku pun belagak selamber je (pdahal dlm hati hanya thn yg tau hee.hee) dia pun panggilla mak aku slmt sblah bilik je hee.hee

Masa tu kul 3.15am kitaorg pun apa lg bsiapla...slamt hosptal ngn umah x jauh.kul 3.30am sampai kt hospital masa tu hujan...sampai sana nurse cek2 dia ckp dah bukak 7 cm trs bwa g labour room (kelam kabut la masa tu yer arr 7cm tu bile2 masa je blh bsalin....lps nurse ltkkan mesin CTG scan tuk cek nadi BB masa tu kul 4.15am nurse tanya kalo rasa sakit dan nk menran ckp ...kita ckp ok....aku mmg x rasa apa2 setakat rasa nyut2 tu cam mngeras tu aku rasa biasa je...kekadang aku terfikir cam ni ke rasa skt bsalin...enthlah ssh nk dgambarkan...aku mmmg x rasa skit subhanallah trima kasih cz dpermudahkan.kul 4.50am nurse dtg sakit tak? kita ckp sikit2 la...dia cek dah bukak penuh 10am...apa lg nurse ckp kalo rasa nk teran ..teran jgn than2...nak xnak teran jelah dgn 3 kali "PUSH" kuarlah heroku HAKIMY...tepat kul 5.10am berat 3.2kg kuat sgt suara dia...nyaring bygkan di subuh yg sunyi tu...di kejutkan plak ngn suara BB KIMI huh mmg gamatlah...Kimi BB pertama lhr pd hari tu alhamdulilah semua slamat...Trs terang aku ckp kelahiran pertama ngn ke 2 aku rasa mudah sgt...terima kasih ya allah cz memudahkan segalanya semoga putera dan puteriku ini akan jd seorg insan yg soleh & solehah kelak AMIN.



Note: Rasa kena jahit lg sakit dr sakit besalin itu yg aku rasa....selamat x kena jhit banya mmg seriauuu Tak taulah kalo org lain..bersyukur cz semuanya selamat.TERIMA KASIH YA ALLAH

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...