Tuesday, February 22, 2011

Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah CURANG samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian.

Allah swt berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kita ini manusia biasa yang tidak sempurna pasti akan diuji dengan melakukan kesilapan demi kesilapan. Yang paling penting apabila kita sedar bahawa kita telah melakukan kesilapan maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf kepada mereka yang kita sakiti. Percayalah mengakui kesilapan dan memperbaiki diri itu adalah perbuatan sungguh mulia di sisi Allah swt. Begitu juga memaafkan mereka yang telah insaf juga adalah sifat yang mulia kerana Allah swt itu setiap saat sentiasa memaafkan manusia yang sentiasa sahaja membuat dosa.

Manusia sentiasa sahaja diuji Allah swt untuk mengukur tahap iman mereka. Namun kita sentiasa sahaja marah kepada Isteri, Suami, Anak, Keluarga, Sahabat, Pekerja, Majikan, Kerajaan, Pembangkang, Blogger dan dunia apabila ada masalah. Bukankah apabila kita marah pada mereka itu bermakna sebenarnya kita marah kepada yang memberi ujian itu kepada kita iatu Allah swt??

1 comment:

finizaini said...

maa..
gud info, tp ape ke halus benor tulisan nye maa..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...