Monday, August 31, 2009

KESILAPAN-KESILAPAN YANG DILAKUKAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK

1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak

2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.

3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.

4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.

6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.

8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.

9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anakPendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.

10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.

11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.

12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.

13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

TIP MENDIDIK ANAK_ANAK CEMERLANG


Tips mendidik anak-anak cemerlang

Just for sharing
Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.


Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.



Rasulullah s.a.w. telah menggariskan 4 tahap mendidik anak iaitu:



Tahap pertama:
Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.



Tahap kedua:
Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.



Tahap ketiga:
Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.


Tahap keempat:
Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.



1. Kaedah pesanan dan arahan.


Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik.


Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :


• Mengenai solat di awal waktu


• Adab dengan orang tua-tua


• Adab dengan guru


• Adab dengan kawan-kawan


• Tugas harian di rumah


• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.


• Tatacara makan mengikut sunnah nabi


• Cara belajar yang berkesan


• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah


• Keselamatan jalan raya


• Tanggungjawab melindungi adik-adik.



2. Kaedah bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.



3. kaedah Soal jawabBersoal jawab dgn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.



4. Kaedah merujuk pengalaman lalu


Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.



5. Kaedah nasihat dan teguran


Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.



6. Kaedah bermain dan bergurau


Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.


7. Kaedah latihan yang berterusan


Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-



a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.



b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.





Selepas baca, bolehlah beramal.

Thursday, August 27, 2009

Turtles

PAGI YANG SUNGGUH SYAHDU....

HUJAN TU HUJAN RAHMAT

Sejuk oo ari niii...ujan ...cedap ido..... Pagi ni aku g GIANT ngn bdk Opismate

aku...hee..he. sesajer buang tabiat....best arr kpala pun x sesak...czz masa tu

x ramai sangt org....Pejam celik pejam celik dah 7 ari kiter berpuasa....alhamdulilah....Xdek cter

mnarik nk cter cuma 2-3 ari ni aku pening kpala smlam g

klinik doktor cakap aku GASTRIK + MIGRAINE huu..hu..hu dah lama aku x kna pnyakit tu...ni

dah kna...harap2 ramadhan aku kali ni berjalan ngan lancar ...TAKMAu demam2 N sakit2...

Semalam bermuka ngn HB aku kt VICHUDA blakang opis aku ni je..... ok arrr cz tu selera HB

aku.....so aku sbagai ISTRI dia kna ikut cz...di mana ada HBku adalah AKU...ha..ha..haa makanan

notbad arrrr....blh arrr menunyer "ikan kembong sweeet sour+tlur dadar+kailan+udang greng

tepung+tomyam seafood" air plak HB milo tarik (Ujan kna order air panas) aku Bali limau

suam.....and baby... air suam.......hee.hee pastu dia pau air abah ngan ibu dia...sabar jelah...

Emmm Lps berbuka kang aku nk balik kg.....wah bestnyer........

Mak aku nk mask sup gearbox...wah sedapnyer....aku WINDU KG, WINDU masakan

kg.....bestnyer arrrrr ........

Monday, August 24, 2009

HARI KE-3 PUASA

Samalah juga dengan hari ke3 aku x pose.....hu..hu..hu.... ari ni aku kjer cam biasa.....schedule kjer aku hee..hee kul 9.00 am Until 4.00pm hee.hee ok tak....sblm ni schedule kjer kiter org kul 9.00 am until 5.30 pm... Apapun Tq bos cz memahami ...diri kami smua......


Ari ni abg aku yg sulong ajak berbuka puasa kat KELAB GOLF PERKHDMATAN AWAM (kt Bukit Kiara, off Jalan Damansara) best arrr x mahal arrr dlm rm22.++ jje sekpala kalo tak rm45++ . kt sana jmpa bdk2 mofaz....tp mmg best...aku g ngn 3 fmly (aku, abg ali& akak) mmg best gler....(promotion tu just tuk semlam je 24/8/09) hee..hee.


Anak aku KIMI kalo dah jmpa anak abag aku si AZAM ..wah....wah...wah...x ingat langsung ibu ngan abah dia jalan cam org besar je.... tp bler dahaga....mulalah cr aku....slmat ank aku x mragam...oklah.....smlam kecurrr air liurr aku tngok masakan kampung....emmmm yummy...yummy.....BEST.....

Sunday, August 23, 2009

STILLL DEMAM LAGI...huuu (Hari KEDUA Puasa)

Sepatutnya ari ke2 kiter berpuasa tetapi terbalik plak nga aku czz ni ari ke 2 aku TAK PUASE....huu..huu..ari ni blok aku masak2 tuk berbuka puasa menunyer yg aku tnya HB aku td kari ayam+tmun+sambal blacan+nasi ikan kring sedapnyer arrrrr pastu ada bhun skit..HB aku je trun g tlong aku duk umah x larat arrr ca mash dmam...hrp2 aku cpt smbh cz sok dah nk kjer....ptg smlam aku x tau nk msk apa....ksian plak kt HB aku....dia kalo yg lauk dah diap kt luarr dia kurang.....aku tanya dia "Yang nk makan apa berbuka karang? dia cakap...masakkan abg Nasi greng sardin+tlur dadar tu je.....(laki aku nk bg dia mkn bnyk snang je tnya dia nk makan apa.....kiter msk ikut slera dia kalo slera kiter ...emmmm ssh skit arrrr.....tu la menu aku berbuka ....msa Hb g slat terawih akak sblah umah dtg anta makanan yg masak tu....dia tau aku x brapa shat......TQ kak cz ambik berat.....

D.E.M.A.M + P.E.R.I.O.D (Hari PERTAMA Puasa)

Sabtu (22 ogos 09) Permulaan ramadhan

Seronoknyer arrr sambut ramadhan...tp bg aku ..aku sambut dengan penuh dugaan...CZ aku demam...tp sahor tetap sahor yerlakan ank buah HB aku dtg cian plak kalo x msk apa2 tuk sahor lg2 hari pertama puasa kan....aku masak ala kadar je cz keadaan aku yg tak mengizinkan....

4.00 am aku dah bangun tuk sediakan mkanan tuk sahor.Menu aku ari ni very simlple Nasi Goreng + Telur Dadar + Ayam greng kunyit pastu aku panaskan smula sate yg HB aku bli mlm td...aku mkn sate je yg lain x blh nk masuk arrr czz tekak aku sakit.....yg si kecik tu plak....cam tau2 je aku nk bngun pg...sbuk nk bangun...aku bukak pti sbuk bukak peeti, aku ambik pinggan sbuk nk ambik pinggan tnsion aku.....dr nk buat kjer cpat jd lmbt....terpaksalah aku kjut HB aku jg KIMI...sowy sayang....TERPAKseeeee


Aku bg KIMI sate (febret dia)suka sangt dia mkn......lps smua dh siap aku srh hb aku kjut ank buah dia...pastu kiterorg bersahorla sama2.....sahor aku hanya mkn sate je yg lain x blh msuk....pastu aku mkn ubt pastu aku sambung zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Lps mkn ubt je 10 mnit lps tu bdn aku dr seram sejuk jd berploh....xperlah oklah tu...tu tandanya nk baik ksan dr mkn ubt....pg tu aku x blh bngun bdn aku panas sangt....sampikan KIMI xnk dekt ngan aku......kul 11.30 am HB ajk g klinik panel dia kt seksyen 6, aku gie arrr masa tu dktor cek panas aku 38.8c, tekak aku merah, dia bg ubt yg sama antibiotik+demam+selesema+ubt batuk......yerla aku bkn apa baik berjga2 kan yer arrr skrgkan vabak H1N1 tukan tengah menular apapun........aku doakan agar semua org yg aku sayang x terkena vabak penyakit tu.......


Bdn aku lmh sangt nk berbuka ke tak....kalo berbuka aku sayang....jp lps blik dr klinik trus aku duk dlm blik rehatkan dri....KIMI main ngan ank buah Hb aku kt luar...HB aku g bank cz nk setlekan smua hutang piutang dia almaklumlakan dia dah GAJI........he..he..hee.. aku pun Zzzzzzzz . kul 2.30 HB aku balik ..aku dah x larat dah...last2 aku ckpkt dia...

Aku :"Yang ayang nk berbuka blh"
HB : La bebukalah...doktor pun srh bebuka td ......cz aku dmam panas..

(Hb aku pun g arr ambikkan roti+ubt aku + air) aku mkan arrr 2 kpg rti pastu mkn ubt.......pastu aku zzzzzzz lg cz ubt selsma tu ngntukkkkkk......kul 5.30 aku terjga bdn dah ok skit...paler je poning2....byk bnda aku nk mkn ...tepung plita + tpung bungkus+putu banbu.....tp smua xdek kt bazar ramadhan kciwa aku.....hb aku bli murtbak,karipap,aym percik,ikan kli....apa tah lg smua bkn slra aku.....last2 aku mkn roti je....korang tau slalu priod aku 26hb tp bln ni 22hb......hu..hu ngn demamnyer pastu priod nyer...hu..huu lth oooo


Mlm tu HB , bwa KIMI g poli S.alam anta anak buah dia cz ank buah dia nk balik mlm tu gak..emmm xperla hb aku anta lps smbahyang terawih......
kul 11.30 smpai ubah KIMI dah ngntuk.....aku mkn ubat trus Zzzzzzzz sahor hb aku xnk shor plak.....cian dia.......

Aku D.E.M.A.M huuu...huu

21 ogos 09(Jumaat) 7.30ptg

Ari ni aku kjer cam biasa....lpas ambik baby aku apa lg kmas arrr umah yer arrr sok kan puasa blh rehat2.

Lepas kmas2 je aku g mandi N smbhyang... KIMI pun ikut skali alhamdulilah.....kalo dia tngok org nk smbahyang sbuk nk songkok dia pastu sejadah KOKO dia...yg lain xnak nk yg koko gak...sabar jelah...xperlah janji dia x kacau aku...

lps smbhyng aku rehat jp dpan tv cz aku rasa x sedap badan arrr pale pning ..bdn plak lmah2...baper kali aku sndawa nk kata aku knyang makan aku x makan lg....aku rasa angin kottt.....xper la aku rehat arrr kul 8.00 myHB balik dia ckp nk ambik ank buah dia jap kt Shah Alam....ngat nk ikut...tp keadaan plak yg xmngizinkan...czz bdn lmah sangt..... xperlah biarlah my HB g sorang2....ATI2 tau...aku ckp..


kul 9.30mlm kimi cam gsok2 mata cam nk idooo jer....dia dtg kt aku nk nyusu....aku tpuk2 tngok2 dah tdo.....slow2 aku angkat atas katil....lth sangtla tu lgpun aku bh dia mkn ubt td lps mkn...lega aku dia dah tdo kalo x habis aku di layak dia....hee..hee bdn aku dah x ok dah...seram...sejuk je.... past HB blik kul 11.30 bwa balik sate sg bloh(Pebret aku tuuuuuu) aku kn arrr 2 cucuk pastu x mkn dah czz sate tu x masak....tnsion aku cam mkn daging mntah je.....dahla aku lapar....pastu aku nk mkn nasi plak....ayam plk kras cam batu.....huu..huu patah selera aku.....last2 aku mkn roti pastu mkn ubt demm+antibiotk+selesema...... pastuu aku x sedar dahh cz aku dah Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzlayanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Friday, August 21, 2009

KALAU L.a.W.a @ Tak L.a.W.a

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:eleh kontrol laa tuu..
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: pemalu agaknya..

kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: harap muka ja lawa, tapi perangai hampeh..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: hmmm,org lawa pun de wat jahat..sama jek..

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: nak cari laki hensem jekk..
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: dah jodoh beb..

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: padan muka..
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...cari je la lain,nak wat camne takde jodoh..

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: eleh,nak je tu,saja je wat2 taknak..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: bkn taknak bergambar,tp kamera abih bateri..

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk baik nih..
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: alahai,bagusnya..

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: pompuan kena la pandai masak..
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: kita rasa la dulu masakan dia,baru nilai..iye tak?

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: ishh gedik sungguh..ingat lawa sangat aku nak heran ke,ntah sapa ntah..lain la makwe aku yg misscall..
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: hmmm,tersilap nombor agaknya..nanti aku gitau dia lah..

Ha..ha..LAWAKZZ kan tp tulah hakikatnya...

RESEPI PENYEMBUH D.O.S.A

Seorang lelaki Badawi datang kepada seorang doktor dan bertanya
"Adakah tuan mempunyai resepi ubat untuk menyembuh penyakit dosa?"Doktor itu menundukkan kepalanya sejenak sambil berfikir,lalu dia menjawab "Dengarkan resepi ini.
Jika kamu mengerjakannya kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah SWT."

** "Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dengan bahan fikiran dan dicampur dengan rempah hati dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dengan lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu ditempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepadanya."
**"Setelah itu digaul dengan senduk istighfar sehingga nampak akan taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan kemangkuk cinta dan disejukkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaring dengan saringan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah SWT."

**"Teruskan meminum ubat ini selama hidupmu dan hatimu akan dan sembuh dari segala keluhan dan kekusutan, dan akan hilang rasa sakit dosa."
SELAMAT MENCUBA...

RESEPI MASAKAN C.I.N.T.A

Bahan2nya:
1 lelaki sihat,
1 wanita sihat,
100% Komitmen,
2 pasang restu orang tua,
1 botol kasih sayang murni.

Bahan Perhiasan:
1 botol besar humor,
25 grm rekreasi,
1 bungkus doa,
2 sendok teh telefon-telefonan (BERGAYUT ARRR “Calling2”)
Semuanya dikacau hingga merata dan mengembang.

Tips:

Pilih lelaki dan wanita yang benar-benar matang dan seimbang.Jangan yang satu terlalu tua dan yang lainnya terlalu muda kerana dapat mempengaruhi kelazatan
(sebaiknya dibeli di supermarket bernama TEMPAT IBADAH, walaupun agak jual mahal tapi mutunya terjamin.)

Jangan beli di pasar yang bernama DISKO-TIK atau PARTY kerana walaupun modelnya bagus dan harum baunya tapi kadangkala menipu konsumer atau kadangkala menggunakan zat pewarna yang boleh merosak kesihatan.

Gunakan Kasih sayang cap "IMAN, HARAP & KASIH" yang telah mendapatkan penghargaan ISO dari Jabatan Kesihatan dan Kerohanian.

Cara Memasak:

lelaki dan wanita dicuci bersih, buang semua masa lampaunya sehingga tersisa niat yang murni. Siapkan loyang yang telah diolesi dengan komitmen dan restu orang tua secara merata. Masukkan niat yang murni ke dalam loyang dan panggang dengan api cinta, merata sekitar 30 minit di depan penghulu/Tok Imam/ Tok Kadi.

Biarkan di dalam loyang tadi dan sirami dengan semua rencah di atas.
Dan Masakan Tersebut sudah siap untuk dinikmati.

Catatan:

Masakan ini dapat dinikmati oleh pembuatnya seumur hidup dan paling enak dinikmati dalam keadaan kasih yang hangat. Tapi kalau sudah agak dingin, Tambahkan lagi humor segar secukupnya, rekreasi sesuai selera, serta beberapa potong doa kemudian dihangatkan lagi di oven "Tempat Ibadah" diatas api cinta. Setelah mulai hangat, jangan lupa telefon-telefonan bila berjauhan.




Selamat mencuba !



Selamat menikmati dari 'love' bakery'

SOTO AYAM

Hee..hee Febret My HB ngn KIMI
Pic xdek.... nnati arrr kalo aku buat kang aku masukkan...bulan pose ni SOTO aku ni mesti akan jadi PERMINTAAN HB ngan baby KIMI...
Bahan2Nyer:
Nasi Impit
Ayam (Di goreng, Di racik )
Suun (Goreng)
Sup Ayam:
Ayam (Tulang2 je)
Bwg Merah (tumbuk)
Bwg Putih (Tumbuk)
Halia (1/2 Tumbuk, 1/2 hiris nipis)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Sup bunyut
Asam keping
Sambal Kicap
Cili api (kisar/tumbuk)
Limau kasturi
Kicap
Ajinomoto
Hiasan
Daun Sup
Daun Bawang
Kacang Tanah
Bawang Goreng
Em... aku rasa tu jela kot bahan2 dia...buat dia senang je...yang menyedapkan SOTO aku ni adalah AYAM dia DI GORENG dlu dan DIRACIK...... tu yg sedap....kalo yg rebus je....AKU, HB ngan KIMI x cuke...
Cara Buat dia cam bese jer arr cam korang slalu wat sup ayam...TP ada rahsianya..kalo nk lbh sodap sampai isap kuku KAKI....ADALAH.....
Hee...he..hee
SuSpeN je.....(Korang Suspen tak?)
Hee..hee..
Ok rahsianya...Korang buatlah cam biasa korang masak...TETAPI...korang kena masukkan BANYAK cikit arr rasa KASIH SAYANG korang kat masakkan tu...Lebihkan Senyuman....dlm Masakan ok....
jgn Muncung je....KELENTANG...KELENTUNG kat dapur tp hasilnyer.....emmmm
Apapun Buatlah dengan Ikhlas...APATAH lg masakan tu untuk org yg KITE SAYANG....
INGAT!!!!!!!! (Upin &Ipin)

SALAM RAMADHAN 2009



Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

Sungguh cantik kain plekat,
dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan
Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan batin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: ·
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.

Seribu senyuman
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut Ramadhan .

Maaf Zahir dan Batin

Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina

Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perjalanan hidup kita selama ini.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

Thursday, August 20, 2009

U.P.I.N & I.P.I.N




He..hee.. bkn apa anak aku KIMI cuker cangat ngan cter tu....aku btul2 TABIT SPRING arrr ngan org yg buat citer tu....korang pun mesti cuker kan...Aku...HB..ngn KIMI pun suker tau.....




Korang tau ari tu aku gie arr pasar kt UP TOWN k.dmansara...aku pakai arr baju U&I ...hee..hee sesajer je cz nk cpatkan...KIMI plak bju U&I gak...my HB je pakai baju biasa....hee..hee...(Sowy Ibu x sempat beli tuk ABAH )ngah kiterorg jalan2 cr makanan adalah 2budak ni (adik beradik kot dlm 3thn ke 5 thn cam tu arrr) pandang je aku ngan baby...pastu barulah aku perasan ghupanya...diaorg ngh ckp pasal baju yg aku pakai tu....antara ayatnyer adalah SEPERTI begini.....:


Ci adik : Abang upin ipin arrr

Ci abang: Mana?

Ci adik : tuuuu ( tunjuk kt aku & KIMI)

Ci abang: ha..aa arrr pastu diaorg ckp WOW....(versi Upin & Ipin)
Nk tergelak aku...korang bayangkan bdak sekecil tu blh kna penangan U&I.....sabar jelah.....korang tengok arrr ada ke cter lain yg budak2 blh cepat tertarik.... xdekkan kalo setakat otomen tu/doremoon ke usop sontorian ke......apa ke...rasanyer bese je... auranya x sama ngan penangan UPIN &IPIN...apapun TAHNIAH aku ucapkan...lgpun cter tu sesuai sangt ngn kiter smua....byk bnda yg blh kiter pelajari dr cter tu....bagus arrr



RAMADHAN MUNCUL LAGI...AlHaMduLilLaH.....

Cepatnya masa berlalu pergi..ramadhan tiba lagi...syukur kerana dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini...salam ramadhan buat semua teman...semoga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kita semua...selamat berpuasa...Bulan yang dinanti2 Muncul jua akhirnya....alhamdulilah....Tahun ni merupakan tahun ke 3 aku menyambut ramadhan sebagai iSteRi kepada Encik HBku...hee..hee dan jua tahun ke 2 aku mnyambut ramadan sebagai Ibu....Sekejap je masa berlalu..pejam celik..pejam celik sekejap je dah nk akhir tahun....(lg 4 bulan kan) emmmm...Masa terlalu mencemburui kita...

CINTA...KASIH....SAYANG...

Cinta.... Kasih... Sayang itu sangat indah...
Cinta.... Kasih... Sayang itu sangat memedihkan...
Kalau hidup tak pernah ada apa-apa perasaan...
Kaku, beku lah diri ibarat kayu tunggul nan terapung mengikut arus ke mana jua..
Cinta.... Kasih... Sayang itu sukar dimengerti...
Cinta.... Kasih... Sayang itu sukar diukur.....
Kalau hidup semudah bertemu dan berpisah sekelip mata...
Aku tak mahu hidup walau digalang ganti dengan seribu tahun kehidupan...
Cinta.... Kasih... Sayang itu saat-saat kita menangis...
Cinta.... Kasih... Sayang itu ketika kita dibelai lembut...
Kalau hati dan perasaan itu mudah dijaga...
Tentu aku takkan merana menahan rasa rindu apabila berjauhan....
Cinta.... Kasih... Sayang itu semudah tiga kata, "Aku perlukan kamu"
Cinta.... Kasih... Sayang itu sepahit menelan jadam,
Apabila ia tiada..Kalau kita takkan bersua lagi....
Aku relakan sahaja....
jika itu mampu buat dirimu tenang...
Cinta.... Kasih... Sayang buat aku berkorban demi kau dan teman baikmu..
Cinta.... Kasih... Sayang buat luka di dadaku,
Entah bila kan sembuh...
Kalau aku yang bersalah...
Aku tak sampai hati...Ku biarkan engkau begini...
biar aku yang derita.. bukan dirimu...
Cinta.... Kasih... Sayang buat aku menunggumu,
biar berabad lama...
Cinta.... Kasih... Sayang daripadaku hanyalah untukmu seorang...
Kerana.... Cinta.... Kasih... Sayang itu tak semestinya memiliki...
****MaaNuarkimi****

15 MADAH CINTA PALING P.A.N.A.S

Kata-kata cinta yang puitis dan indah sememangnya mampu memberikan impak kepada perhubungan yang terjalin. Walaupun ringkas, madah cinta selalunya mempunyai maksud yang mendalam apabila diperhalusi.
Jika suatu ketika dahulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, kini disenaraikan pula 15 madah cinta yang dikatakan paling hangat sepanjang tahun ini.Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.
1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.
3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.
4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.
5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.
6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.
7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.
8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.
10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.
11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.
13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.
14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.

Wednesday, August 19, 2009

KIMI DEMAM.......KECIAN oooooo

18/08/2009 (Selasa)
Kecian kimi demam... Memang kimi 2-3 hari lepas x berapa ok... asal malam je bdan dia panas...suhu dia kalo malam 38+++ tp bler kiterorang bg mkn ubat..dia ok...alhamdulilah arrr cukup 6 jam kiter org kasi ubt...pastu mlm td dlm kul 12.00am My HB kejut arrr baby mkn ubt...selamat dia x ngamuk yerla kan...org ngh sedap2 mimpi pastu kna kacaukan....kebetulam mlm tu bdn dia pnad 38.2..kiterorg pun kasi arr makan ubt..

2.00am (Selasa)
Kimi malam mmg dia mnyusu badan,emm asalll terlena je dia baru aku blh bernafas skit bkn apa...kalo dia ngah mnyusu aku nk gerak kan badan sikit pun x blh cz dia sedar....mlm tu aku nyusu arr dia cam biasa....dlm kul 2.00 am aku terasa bdn dia panas sangat...kalo sblm ni kaki sejuk arr cam biasa tp pagi tu dr kepala sampai kaki panas....aku dengar arr dia cam x selesa....merenget je...aku kjut My Hb...dia pun g arr ambik temperature...cek2 tkejut kiterorg cz panas dia 39.8c... Apa lg MyHB pun g arr ambik ubat bontot(tuk Kurangkan panas)...Korang tau tak...lepas aku bubuh je ubat tu...anak aku nangis sampai kejang2 bdn dia...aku apa lg nangis arr tngok baby cam gitu....Dr bilik aku bwa kt ruang tamu pjuk dia...bagi susu...dia xnak...aku pujuk gak....last2 dia ok....Alhamdulilah arrr takut aku..yer arrr baby boy ni berisiko tuk dapat SAWAN TARIK.... takut aku....lpas aku susukan dia pastu bg dia air masak...dia ok dah sikit....tp yang aku x blh lupakan tu....lpas dia nyusu bdan...dia blh jalan2+senyum2 depan aku..pastu korang tau dia buat apa kt aku ngn My HB..."DIA BABAY (tata) AKU" aku apa lg trus peluk anak aku.....takut oooo.... Aku nangis arrr (Cengeng Je) sabar jer arrr....pastu aku tdo...bdn dia still panas lg...Pagi tu aku tdo2 ayam jeeee..

8.30am(Selasa)
Aku bersiap sedia tuk g Panel HB kt KJMC,My HB ckp dia nk kjer tp lpas uruskan anak arr..pagi tu badan kimi Still lg panas 38.7c. Aku EL ari tu...aku dah ckp kt Bos, K.ita ngn Manager aku...selamat diaorg Paham.....Tq Bebanyak2.ari tu plak ramai kt KJMC...aku tngok smua bertutup mulut yer arrr skrgkan H1N1 kan tengah berleluasa...takut aku....Aku bwa baby jumpa doktr Syed...Dr cakap Baby kna Rotavirus (Ari tu masa kimi msk wad kes yg sama gak) tp Tak seserius Dulu arr cz cepat bawa.Alhamdulilah arrr..Ngamuk kimi masa kna ambik darah...cian dia...jari kecik kna cucuk ambik darah..mula2 ok siap bagi tangan lg..tp lpas cuvuk tu....ha..apa lg...HUA......Hua... gamat jap KJMC ngn suara anak aku...suara Kimi mmg kuat....bler dia MENJERIT ng NANGIS....lpas ambik drh tu la yg kiterorg tau kna simthom ROTAVIRUS... aku siap dlm kul 1.00++pm letih ooo.Laki aju dr nk ambik half day .trus cti..... ye arrr mlm td x tdo cukup...risau pasal kimi... Balik umah bg baby mkan ubat setiap 6 jam...

8.00 pm(Selasa)
Malam Still bdn kimi suam 2 dalam 37.5c ubat mmg kiterorg kasi arrr...

19/08/2009 (Rabu)
Pagi tu bdn baby still panas, ari ni aku EL lg..cz nk pantau tahap kpanasan Kimi, kbtulan Akak yg jga kimi tu xdek g PD tngok anak dia kt sana......Ari tu aku g lg klinik panel Hb kt Sek 6 Klinik Keluarga dan surgery.Cz panas dia ada lg....Lepas tu Hb aku g kjer...letih bdan hanya tuhan yg tahu dengan tak cukup tdonyer....sabar jelah....baru ku tahu betapa besarnya pengorbanan Mak dan abah aku mnjaga dan mendidik aku adik beradik.Terima kasih Mak Abah....kiter sayang mak ngan abah

APAKAH ITU "ROTAVIRUS"

PENYAKIT YANG MENYERANG KANAK2...ATI2 ooo

Rotavirus adalah virus yang menjangkiti usus. Nama rotavirus berasal daripada perkataan Latin bermakna roda berdasarkan ciri virus itu sendiri yang bentuknya seperti roda apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.Gejala jangkitanTempoh inkubasi (dari bermula jangkitan sehingga gejala muncul) bagi rotavirus biasanya dua hari saja.

Gejala jangkitan rotavirus termasuk demam, muntah dan cirit-birit.Kadangkala pesakit mengalami sakit perut dan kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami cirit-birit sehingga beberapa kali sehari.Secara umumnya gejala berlanjutan selama tiga hingga sembilan hari. Daya ketahanan badan terhadap jangkitan berulang tidak lengkap selepas satu jangkitan tetapi jangkitan seterusnya lebih ‘ringan’ berbanding jangkitan terdahulu (asal).Malah, jangkitan rotavirus boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air (dehidrasi) yang teruk pada bayi dan kanak-kanak.Namun kekurangan air yang teruk sehingga menyebabkan kematian jarang berlaku, kecuali jika pesakit dibiarkan tanpa rawatan. Ini sebabnya ibu bapa perlu membawa segera anak berjumpa doktor apabila mereka menunjukkan gejala di atas.Ibu bapa juga perlu memerhatikan jika anak menunjukkan tanda kekurangan cecair badan seperti:

  • Lesu dan tidak bertenaga
  • Kulit menjadi kering dan sejuk
  • Tiada air mata apabila menangis
  • Mulut menjadi kering dan melekit
  • Mata cengkung
  • Ubun-ubun tampak tenggelam
  • Kelihatan sangat dahaga

Bagaimana ia disebarkan?

Rotavirus sangat mudah berjangkit. Kaedah utama penyebaran rotavirus ialah daripada najis ke mulut (sama ada melalui makanan, minuman atau sentuhan).Kanak-kanak boleh menyebarkan virus ini apabila lupa mencuci tangan sebelum makan atau selepas keluar dari tandas.Menyentuh permukaan yang tercemar dengan rotavirus dan kemudian menyentuh kawasan mulut juga boleh menyebabkan jangkitan.Perlu diingat, rotavirus boleh bertahan di atas permukaan kering dan keras selama beberapa hari. Ia juga boleh hidup beberapa jam lamanya di atas tangan manusia.

Bagaimana rotavirus dikesan dan dirawat?

Pengesanan rotavirus dilakukan melalui ujian najis pesakit. Kini kit ujian boleh dibeli di farmasi. Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk merawat jangkitan rotavirus.Bagi individu yang memiliki daya ketahanan badan normal (sihat), jangkitan rotavirus dalam usus menjejaskan kesihatan mereka untuk beberapa hari.Rawatan untuk kumpulan ini ialah meningkatkan pengambilan cecair bagi mengelak dehidrasi. Kira-kira seorang daripada 40 kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus memerlukan kemasukan cecair intravenus (ke dalam salur darah) di hospital.Jangkitan rotavirus dianggap sebagai penyakit yang menjejaskan aktiviti harian seseorang, namun ia hanya untuk beberapa hari (tiga hingga sembilan hari).Kaedah mengelak jangkitanOleh kerana jangkitan ini amat lazim, ia sukar dicegah. Bahkan tempat yang sangat mementingkan kebersihan boleh tercemar.Cara terbaik mencegah jangkitan ialah melalui vaksinasi. Kajian menunjukkan vaksin boleh mencegah sehingga 74 peratus jangkitan; 98 peratus kes rotavirus yang teruk dan kira-kira 96 peratus kemasukan ke hospital.Ada dua jenis vaksin untuk rotavirus iaitu yang pertama (Rotateq) diambil pada umur dua, empat dan enam bulan. Manakala jenis kedua (Rotarix) kanak-kanak diberi dua dos vaksin pada umur enam minggu dan dos kedua pada bila-bila masa selagi tidak melebihi umur enam bulan.

TIPS MENJAGA DAN MENGAMBIL HATI EN SUAMI....

TIPS MENJAGA DAN MENGAMBIL HATI SUAMI....
Jom kita tengok dan kaji-kaji.....
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi dan mengasihi kita. Bila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' dan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

3. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya iika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya. (Suami pun kena cepat2 jugak pujuk isteri bila isteri marah & kecik hati)

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya). (Handsomenya Sayang hari ni..hehehe...)

6. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

7. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. (kadang-kadang ada jugak terlupa barang yang nak dibeli w/pun dah buat list.sorrylah abang ya....)

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (suami pun kena camtu jugak)

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

12. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh).

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali meniawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tidak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yang sesuai serta lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila 'out station'. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yang lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dengan baik). (apa salahnya beri pendapat...)

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan. (kalau kita tahu, apa salahnya kita tunjukkan jalan.takkan nak biar sesat plak....)

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. (suami pun janganlah tukar-tukar bila isteri tengah khusyuk tengok tv)

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yang disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?" (apa salahnya tanya suami. blehlah tau dia nak minum air apa petang ni. nescafe O/ milo tarik/milo O/teh O dll)

31. Bila makan di luar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat atau meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan di khalayak ramai ketika di sisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

33. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari masa ke masa contohnya tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Urut suami dari masa ke masa

36. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau 'pulangkan paku buah keras'.

37. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (jika sesuai).

38. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu. (suami pun kena layan isteri seperti masa mula-mula kenal@ bercinta dulu...)

Maa : sebenarnya kasih sayang tu memerlukan komitmen dari kedua-dua pihak (suami&isteri). suami dan isteri perlu menjaga hati pasangan masing-masing,peka dengan kehendak pasangan dan apa-apa yang difikirkan perlu untuk keharmonian rumah tangga. Kebahagiaan sesebuah rumahtangga itu memerlukan usaha kedua-duanya. Tak bolehlah meletakkan tanggung jawab untuk menjaga keharmonian rumah tangga itu hanya pada sebelah pihak saja. sekadar pendapat.....

Tuesday, August 11, 2009

SEBAB WANITA LEBIH CEPAT NAMPAK TUA

SEBAB WANITA LEBIH CEPAT NAMPAK TUA


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk... Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.


2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.


4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini..So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

KESIMPULANYA..
wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...