1.KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
Doa adalah permintaan dari hamba kepada Allah swt.Ibu bapa yang kurang berdoa membentuk nilai yang rendah,sombong dan berfikiran negatif.Ibu bapa harus berdoa untuk kejayaan anak
2.MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
Setiap anak mempunyai kebolehan yang berbeza.Ibu bapa harus peka dengan kebolehan anak.Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang pendendam, nilai diri yang rendah dan tidak mampu berdikari.
3.KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4.LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5.KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain.Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa harus menjadi seperti kawan mereka.
6.KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa memberikan sentuhan kepada anak-anak.Sentuhan yang berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar segala penyakit dan menambahka kemesraan anak kepada ibu bapa.7.SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF.
Rumah tangga yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak –anak melarikan diri dan mencari kedamaian diluar rumah.
8.MENEGUR SECARA NEGATIF.
Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
9.KURANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK KEPADA MODEL-MODEL YANG CEMERLANG.
Model model yang cemerlang patut didedahkan kepada anak supaya nilai murni dapat ditanamkan dalam diri anakPendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang tinggi.
10.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
11.MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak.Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.
12.KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA-KERJA RUMAH.
Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
13.MASIH MEMBIARKAN AKHLAK YANG BURUK DIDALAM RUMAH TANGGA.
Ibu bapa harus menghidarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi , memaki hamun dan sebagainya.Tabiat yang buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.
No comments:
Post a Comment