Wednesday, August 19, 2009

APAKAH ITU "ROTAVIRUS"

PENYAKIT YANG MENYERANG KANAK2...ATI2 ooo

Rotavirus adalah virus yang menjangkiti usus. Nama rotavirus berasal daripada perkataan Latin bermakna roda berdasarkan ciri virus itu sendiri yang bentuknya seperti roda apabila dilihat di bawah mikroskop elektron.Gejala jangkitanTempoh inkubasi (dari bermula jangkitan sehingga gejala muncul) bagi rotavirus biasanya dua hari saja.

Gejala jangkitan rotavirus termasuk demam, muntah dan cirit-birit.Kadangkala pesakit mengalami sakit perut dan kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami cirit-birit sehingga beberapa kali sehari.Secara umumnya gejala berlanjutan selama tiga hingga sembilan hari. Daya ketahanan badan terhadap jangkitan berulang tidak lengkap selepas satu jangkitan tetapi jangkitan seterusnya lebih ‘ringan’ berbanding jangkitan terdahulu (asal).Malah, jangkitan rotavirus boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan air (dehidrasi) yang teruk pada bayi dan kanak-kanak.Namun kekurangan air yang teruk sehingga menyebabkan kematian jarang berlaku, kecuali jika pesakit dibiarkan tanpa rawatan. Ini sebabnya ibu bapa perlu membawa segera anak berjumpa doktor apabila mereka menunjukkan gejala di atas.Ibu bapa juga perlu memerhatikan jika anak menunjukkan tanda kekurangan cecair badan seperti:

  • Lesu dan tidak bertenaga
  • Kulit menjadi kering dan sejuk
  • Tiada air mata apabila menangis
  • Mulut menjadi kering dan melekit
  • Mata cengkung
  • Ubun-ubun tampak tenggelam
  • Kelihatan sangat dahaga

Bagaimana ia disebarkan?

Rotavirus sangat mudah berjangkit. Kaedah utama penyebaran rotavirus ialah daripada najis ke mulut (sama ada melalui makanan, minuman atau sentuhan).Kanak-kanak boleh menyebarkan virus ini apabila lupa mencuci tangan sebelum makan atau selepas keluar dari tandas.Menyentuh permukaan yang tercemar dengan rotavirus dan kemudian menyentuh kawasan mulut juga boleh menyebabkan jangkitan.Perlu diingat, rotavirus boleh bertahan di atas permukaan kering dan keras selama beberapa hari. Ia juga boleh hidup beberapa jam lamanya di atas tangan manusia.

Bagaimana rotavirus dikesan dan dirawat?

Pengesanan rotavirus dilakukan melalui ujian najis pesakit. Kini kit ujian boleh dibeli di farmasi. Sehingga kini tiada kaedah khusus untuk merawat jangkitan rotavirus.Bagi individu yang memiliki daya ketahanan badan normal (sihat), jangkitan rotavirus dalam usus menjejaskan kesihatan mereka untuk beberapa hari.Rawatan untuk kumpulan ini ialah meningkatkan pengambilan cecair bagi mengelak dehidrasi. Kira-kira seorang daripada 40 kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus memerlukan kemasukan cecair intravenus (ke dalam salur darah) di hospital.Jangkitan rotavirus dianggap sebagai penyakit yang menjejaskan aktiviti harian seseorang, namun ia hanya untuk beberapa hari (tiga hingga sembilan hari).Kaedah mengelak jangkitanOleh kerana jangkitan ini amat lazim, ia sukar dicegah. Bahkan tempat yang sangat mementingkan kebersihan boleh tercemar.Cara terbaik mencegah jangkitan ialah melalui vaksinasi. Kajian menunjukkan vaksin boleh mencegah sehingga 74 peratus jangkitan; 98 peratus kes rotavirus yang teruk dan kira-kira 96 peratus kemasukan ke hospital.Ada dua jenis vaksin untuk rotavirus iaitu yang pertama (Rotateq) diambil pada umur dua, empat dan enam bulan. Manakala jenis kedua (Rotarix) kanak-kanak diberi dua dos vaksin pada umur enam minggu dan dos kedua pada bila-bila masa selagi tidak melebihi umur enam bulan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...