Tuesday, February 22, 2011

Orang tua ada berkata dalam perkahwinan akan ada 3 peringkat ujian. Ujian pertama pada bulan ke 4 perkahwinan, ujian ke dua pada tahun ke 2 perkahwinan dan ujian ke tiga pada usia suami 40 tahun. Ujian datang dalam berbagai bentuk samada masalah kewangan, gangguan mertua dan paling ngetop sekali adalah masalah CURANG samada isteri atau suami. Tak kurang banyak rumahtangga hancur di tengah jalan hanya dengan satu ujian sahaja dan ada juga rumahtangga yang bertahan walaupun diuji dengan berbagai ujian.

Allah swt berfirman : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” – Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kita ini manusia biasa yang tidak sempurna pasti akan diuji dengan melakukan kesilapan demi kesilapan. Yang paling penting apabila kita sedar bahawa kita telah melakukan kesilapan maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf kepada mereka yang kita sakiti. Percayalah mengakui kesilapan dan memperbaiki diri itu adalah perbuatan sungguh mulia di sisi Allah swt. Begitu juga memaafkan mereka yang telah insaf juga adalah sifat yang mulia kerana Allah swt itu setiap saat sentiasa memaafkan manusia yang sentiasa sahaja membuat dosa.

Manusia sentiasa sahaja diuji Allah swt untuk mengukur tahap iman mereka. Namun kita sentiasa sahaja marah kepada Isteri, Suami, Anak, Keluarga, Sahabat, Pekerja, Majikan, Kerajaan, Pembangkang, Blogger dan dunia apabila ada masalah. Bukankah apabila kita marah pada mereka itu bermakna sebenarnya kita marah kepada yang memberi ujian itu kepada kita iatu Allah swt??

Thursday, February 17, 2011

ANNIVERSARIKU YG KE 4 & ULANGTAHUN KELAHIRANKU..YG KE 28


14 February 2011
adalah ulang tahun kelahiranku yg ke 28 (bertambah umurku hee.hee Alhamdulilah aku telah di beri kesempatan untuk bernafas lg di samping insan2 yg ku sayangi en hubbyku & jua ank2ku..) Kitaorg meraikan...tidaklah besar2besaran hanya dgn sebiji kek dr en hubby hakimy & jua amany..(tq shayang2 ibu).Bersyukur sekurang2nya mereka masih mengingati hari lahirku...so sweet.
Hadiah yg aku perolehi dr en hubby ADALAH: "HAND BAG" tq..shayang..(Pic akan di susuli nnti cz ibu x berkesempatan)


17 February 2007 adalah tarikh aku disatukan dengan MOHD HAIRUL ANNUAR BIN ALI di masjid JENGKA 10. Qadi yang menikahkan kami ialah Ustaz Syariff. Itu bermakna sudah 4 tahun kami berkahwin. Dalam usia 4 tahun perkahwinan kami, bermacam dugaan dan halangan serta kemanisan yang telah kami tempuhi. Alhamdulillah, syukur kami kepada Allah kerana mengurniakan kami kemanisan cinta dan kasih sayang yang diikat dengan kelahiran putera sulong kami, yg di beri nama Muhammad Farish Hakimi pd 21 Nov 2007 Kemudian baru2 ini pd 19 nov 2010 aku tlh di kurniakan seorg Puteri yg sgt comel yg di beri nama..Fariesya Nur Amany..

Tidak ku sangka..sudah 4 thn "MAHLIGAI CINTA" kami terbina..Alhamdulilah kasih syg kami ttp sma sperti masa bercinta dulu..lg2 dgn kehadiran PUTERA & PUTERIku ini...yg perting dlm sesuatu perhubungan itu adalah KEJUJURAN,KEPERCAYAAN,KESETIAAN,KESEFAHAMAN amatlah penting kalo tiada semua tu...pasti tidak akan bertahan lama.

Wednesday, February 16, 2011

ORG KATA "GULA" ITU MANIS, ADAKAH SEMANIS KENANGAN INI....

ORG KATA "GULA" ITU MANIS, ADAKAH SEMANIS KENANGAN INI....
dengan bertakhta dan bersendikan sunah rasul,
izin berwali ijap bersaksi,

memadu pertemuan dua hati,(Maa&Nuar)
moga hidup dan mati diberkati Ilahi.

sejarah terukir nilai permata,

lembaran sejarah kini bermula.

ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu

Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..

Permohonan kami dengan redhaMu,
jadilah kami suami isteri
yang mencintai dikala dekat,
saling menjaga kehormatan dikala jauh,
saling menghiburkan dikala duka,
saling mengingatkan dikala bahagia
saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan
saling menyempurnakan dalam ibadah

Dengan doa restu juga ikhlas di hati
Kami kemudikan bahtera ini
Moga bahagia kekal dan diberkati
Terus berkekalan tersimpul mati.

Moga Allah sentiasa merahmati perkahwinan kita … Amin.

BUSAN...."MENGULAT SIKIT"

Sakit kepala.....

Kepala sakit....

sakit sgt kepala...

kepala sgt2 sakit....

(Maksud yg sama cuma ayt je lain hee.hee)

Bdn yg Letih...

Letih sgt bdnku....

Badanku sgt2lah letih...

Apalah yg aku mngarut ni...sesungguhnya fikiranku+bdnku...amatlah lth..cuti 1 hari tdk cukup bgku.....aduyai..tulun..tulun..

Tuesday, February 15, 2011


B.R.E.A.S.T.F.E.E.D.I.N.G.

Best for baby
Reduces incidence of allergies
Economical - no waste
Antibodies - greater immunity to infections
Stool inoffensive - never constipated
Temperature always correct and constant
Fresh milk - never goes sour in the breast
Emotionally bonding
Easy once established
Digested easily within two to three hours
Immediately available
Nutritionally balanced
Gastroenteritis greatly reduced


Friday, February 11, 2011

LoVe Is CiNTa

Info nie aku copy paste dr ntah sape2 punya website, tp yg aku pasti org tue pun copy dr org lain...adat blogging~ asalnya info nie adalah post dr fb besfrenku...sayu jap bile baca isi kata2 dibawah...n aku percaya, bile org yg betul2 mengalaminya akan menangis membacanya...apabila cinta tidak dihargai~

p/s: to my besfren, kuatkan laa ati ko...aku sentiasa mendoakan yang terbaik utk ko...lelaki itu bukan utk ko n aku percaya jodoh ko adalah lebih baik dr die...be strong k...jgn nangis2 dah tau...1day akan ada lelaki yg bg kata2 dibawah nie kpd ko...alwaz luv u...muahhhhhhh~Jaga Ank Ko Elok2...semoga dia akn jd seorg ank yg Soleh ok..


  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’.
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Tuesday, February 1, 2011

KEBAIKAN SUSU IBU

KEBAIKAN SUSU IBU

Susu ibu mengandungi zat dan vitamin yang mencukupi dan berubah mengikut umur dan keperluan bayi. Ia mudah dihadam dan digunakan oleh bayi dengan berkesan serta melindungi bayi dari penyakit, mengandungi antibodi, faktor tumbesaran, enzim dan tiada pencemaran.

Contohnya bagi bayi yang dilahirkan pra-matang, susu ibu yang dihasilkan sesuai untuk perkembangan bayi tersebut. Ia kurang laktosa, lebih protein, Laktoferrin dan Imunoglobulin untuk mencegah alahan dan jangkitan.

Susu awal ibu atau dikenali sebagai kolostrum yang berwarna kekuningan pula adalah makanan pertama yang sempurna bagi bayi dan mengandungi pelbagai kebaikan. Antaranya ialah mengeluarkan mekonium (najis bayi di awal kelahiran), mencegah penyakit kuning (jaundis), melindungi bayi dari jangkitan dan alahan (susu ibu kaya dengan antibodi dan sel darah putih), mencegah jangkitan dan penyakit mata (kaya dengan vitamin A dan E), mengandungi faktor pertumbuhan bagi kematangan usus sekaligus mencegah alahan dan bertindak sebagai imunisasi pertama untuk menentang bakteria dan virus.

Jika bayi diberikan makanan lain sebelum dia diberikan kolostrum, makanan tersebut boleh merosakkan ususnya dan menyebabkan alahan. Selain itu susu ibu juga melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit. Ia juga mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari. Selain itu susu ibu turut mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.

FAEDAH TERSEMBUNYI

Terdapat banyak faedah lain yang diperolehi oleh bayi, ibu, keluarga mahupun masyarakat. Mungkin kebaikan-kebaikan ini nampak remeh tetapi ia sebenarnya memberikan kesan kepada kehidupan kita seharian.

Kajian menunjukkan IQ bayi yang menyusu susu ibu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu ibu.

Bayi yang menyusu ibu akan jarang dijangkiti penyakit, membolehkan ibu bapa bekerja dengan senang hati tanpa perlu mengambil cuti untuk menjaga anak yang tidak sihat, selain meningkatkan produktiviti.(insyaallah, smoga anak kita sentiasa sihat :P)

Menyusukan bayi juga turut memberikan faedah kepada ibu tersebut dengan merendahkan risiko terhadap barah payudara dan ovari, mengelakkan pendarahan selepas bersalin, menjarakkan kelahiran kerana penyusuan merupakan cara perancang keluarga semulajadi, mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut. (yang ni yang seronok nih, hehehe)

Penyusuan susu ibu juga akan menjimatkan wang kerana tidak perlu menyediakan barang keperluan untuk penyusuan, tidak perlu membeli susu formula dan mengurangkan perbelanjaan. Katakan anda memilih untuk membeli pam pemerah susu yang mahal, kos pembelian itu masih murah dibandingkan dengan kos untuk susu formula yang perlu dibeli setiap bulan.

Pam yang menggunakan bateri walaupun berharga lebih kurang RM200, boleh digunakan sehingga dua atau tiga tahun. Jika susu formula, setin berharga lebih kurang RM30. Berapa jumlahnya sebulan? Berapa yang boleh dijimatkan dalam setahun? Selain itu, penyusuan susu ibu juga membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu, lebih masa terluang bersama keluarga, dan menyumbang kepada objektif negara dalam perancangan keluarga.

KEKURANGAN SUSU FORMULA

Antara kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan.

Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap, katanya.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi, ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu. Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya. Berbeza dengan susu ibu, susu formula juga tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.

p/s : Teruskan BF anak anda yer :) bagi yang tak dapat, mungkin ada hikmahnya... Allah lebih mengetahui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...