Friday, March 20, 2009

ITA & DIN (07-03-09)

Ita & Din
Renny & Are-ku
Ita & Din
Renny & Are Kuuuu
Renny,Adik Kak Tie & Kak Tie
Kenangan Ita& Din
Ujan Rahmat Kan Ita.....
Sah Dah ko jd Wife Din...Selamat Pengantin Baru
masa Nak Angkat Nikah Ker......
Omee Kawan Arekuuuu
Persis MUTIARA...
DEBARAN SI PENGANTIN.....
ALHAMDULILAH....
SAMA CANTIK...SAMA PADAN....
MUAHHHH KAWAN KU
BERSANDING BERSAMA....
MALULA....
Salam....
Kawen Sudah kawan ku......ita din...aku sekeluarga doakan Selamat Pengantin Baru......Semoga Bahagia Hingga Keakhir Hayat...Muah......


Lepas ni sapa plak yg nk menyusul........ADAKAH Ezura...Kak Tie....Cik Odss..Renny...ooooo Sesapa sahaja......Aku doakan agar korang semua bahagia...AMIN




Tuesday, March 17, 2009

LET US SHARE WHAT DATUK DR. FADILAH KAMSAH SAY

Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah...”
Jadi renungi lah :-
1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab DATANG BEKERJA tapi hampeh, hasilnya macam kita TAK DATANG kerja.
2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya KELAM KABUT.
3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.
4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN.
5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA.
7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah.. Segera, tapi manusia tetap manusia. sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik.. adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan. kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain. Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat. kita draw kat akhirat nanti.. tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih. Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...
"mengkritik tidak bererti menentang,menyetujui tidak semestinya menyokong,menegur tidak bermakna membenci,dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

Monday, March 16, 2009

PETUA RUMAH TANGGA BAHAGIA

Petua Rumahtangga Bahagia
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghiburdalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”

CINTA ANTARA KITA (Ayang & Sayang)

Sunday, March 15, 2009

FEBRUARI (14-february 1983) – Hari Lahir ku 90 % Ada persamaan
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah
.* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
.* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

SEPTEMBER (30-september - 1981) - Hari Lahir My HUBBY) 90% ada Persamaan
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar
.* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

NOVEMBER (21-November 2007) – Hari Lahir Baby Kimi
* Banyak idea dalam perkara
.* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik
.* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat
.* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam
.* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

3 HARI 2 NAFAS

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah Hari pertama
semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.Nafas Turun.
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut Adalah pemberian Allah secara percuma DanCarilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.
Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua
kerana mungkin itu Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersamaNyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.Hidup dalam kemurkaan Allah
.HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikanDan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.
Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannyaTerjemahkan rukun ISLAM yang 5 ituDan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayaiBagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,Tetapi tidak mempunyai boarding pass.Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampaiPada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata Setemnya akan dihantar kemudian.Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukurAtas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~NyaSetiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembaliKepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaanKita redha Dan Allah meredhai. Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa.. . Di dunia jua di akhirat kelak sertaDi dalam rahmat Allah s.w.t.
Renungkanlah .....

JIKA.....JIKA

jika seseorang menyakiti kita,tulislah tentang kesakitannya di atas pasir,supaya tiupan angin kemaafan bisa memadamkan keperitannya…tetapi, jika seseorang berbuat baik kepada kita,ukirlah tentang kemanisannya di dalam hati,supaya tiada apa yang bisa menghapuskannya…

Emmm..


Jika hidup terasa berat hari ini dan Tangga gaji/pangkat masih ditangkuk lama.........
Atau tugas yg tak selesai- selesai, atau ada target yg belum achieve............
malah ditambah lagi dengan bebanan lain......
HANYA SATU JER YANG KITER DAPAT LAKUKAN ....


Hehehehehe.....relakkk beb!!!!!

Friday, March 13, 2009

Nadiff Mukhlis & Siti Fatihah Nu'rul Iman

Nadiff Mukhlis
Nadiffff X lama lagi Dapat adik Ek...Jaga Adik tau
Nadiff Mukhlis - Muah dr Cik Maa Ngan Cik Nuar+ abang Iemi
Hai CENYUM Manis...Muahhh

Siti Fatihah Nu'rul Iman
Ct Donat-Muah..
Tengok Apa CT- Tanjung Harapan
Ct Masa Lahir - Muahhh

Anak Buahku...Cayang Eyer dr Cik Maa/Cik NuarNgan Abang Iemi



GELAGAT / PIC PERMATAHATIKU

KENANGA DI TELUK KEMANG
POSE ADIK NGAN CIK IDAH

SUKERNYER MUAHHHH

BANYAKNYER GIGI-Tu Yang Lambat Jalan Tu EKK

POSE INTMEWA TUK IBU NGAN ABAH MUAHHH

8 TANDA LALU LINTAS C.I.N.T.A

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan. Begitu jugalah percintaan kamu. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-
DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati sehaja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.
JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya.
SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru
PEJALAN KAKI
Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti.
JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji.
JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.
AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikirkan sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain.
JARAKKAN KENDERAAN
Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!

BABY KENA BEDONG hee..hee..hee

Knapa Seksa Ku Begini.....IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUU
MUAH....
BESTLA IBU....
Adik...dah besar pun nk kna pukung lagi ek...ni kjer sapa ni? hee..hee.hee Kjer sapa lagi kalo bkn kjer Ibu ngan Cik Idahnyer...Hee..hee Jangan Marahnyer Sayang..

BABY KENA TAHAN WAD - KJMC

Baby Tido Pls Makan Ubat
Pandang Apa sayang...X jd G kndri ekk...
Tngok Tangan Baby Kesian kan....
SABTU
Sedih baby kna tahan wad cz muntah2 + Cirit birit+ demam.Dah 3 ari asal pagi je dlm kul 2 pg hingga ke siang...badan msti panas dalam 38-39darjah celcius.cian oooo ari ke 4 masa tu ari sabtu cadang nk g knduri mmber HB kt Klang. pastu baby plak x sihat asal makan muntah...makan muntah....ksian dia.Pastu HB ckp "Yang jom bawa Iemi g KJMC jap pastu baru g Kndri cz ari sabtu KJMC tuk rawatan sampai kul 1 je.So kiterorg pun g sampai sana doktor ckp anak kna di jangkiti virus (rotavirus)-sel darah putih lebih :( nangis oo doktr cakap kna tahan wad.duduk arr wad pakej 3H2M.Emm slalu malam ber3 (Me-HB-Baby) ni aku ngan baby je sdih bngt tp nk wat camner janji baby sihat.X jd arr aku g Knduri padahal aku ni cam ngidam jew nk makan nasi minyak....:( x dpt aku nk makan..xperla nk buat camner bkn rezeki aku.Yg pnting aku nk anak aku sihat smule.HB aku g sorang je Wakil yer arr mmber baik tuuuu.petang tu lps abih HB g kndri dia trus call Mak mertua aku..emm apa lg kelam kabut arr mak mrtua aku...ari tu jgak mak mrtua ku ngan famlynyer turun KL (Jengka-KL) ksian diaorg..apapun trima kasih cz abik berat pasal pasal baby..cayang cemua.Family aku plak kbtulan ari tu mmg ada kt KL cz mak abah kna bawa pngntin jiran aku kat RAWANG (Mak Duk Umah abg aku kt Tasek Puteri)Malam tu dlm kul 8.00mlm Fmly HB aku sampai..nangis mak mrtua aku tngok baby yer arr sapa x sedih bler tngok tangan dia kna cucuk tuk masukkan air...sedih ooo..aku yang pngng tangan baby masa doktr masukan jarum kt tangan baby (nangis baby tau...)cabar yer sayang..Cian dia tau malam tu Fmly mertua aku tdo kt umah aku.pepagi esoknyer diaorg trus balik JNGKA smula.. cz ada kjer yang perlu di selesaikan.
AHAD
Petang ahad tu plak fmly aku plak datang...alhamdulilah anak aku dah beransur sihat panas pun dalam 36.9drjah celcius..oklah sikit berbandingsblm ni...ynag bestnyer kan.......Mak aku bungkuskan aku nasi minyak...sedap giler hingga menjilat kuku tanganku.....emmmm sodap.....puas aku makan...lauk kndri tu plak sedap..uuuuu.Malam tu HB teman aku kt KJMC siap bawa baju kjer lg yer arr baby dah blh balik.Hb tdo kt KJMC sok pg trus g kjer ..x jauh pun opis dia kt blakang tu je CGC kelana jaya.
ISNIN
HB g kjer pastu dia nk bawa GL compny yer arr baby nk kuorrr so knalah bayor HB plak ari tu 1/2 day.Baby pun dah ok sikit alhamdulilah...Aku plak terpaksa EL.nk wat camner.Ngat blh balik PG rupa2nya petang...uuu lotih siott.tp xperla janji blh balik umah..WINDU sangat..msti baby pun rindu kt Umah jgk.Sabar yer sayang nanti kiter balik umah
Apapun terima kasih kt warga KJMC expcly Dr Syed,Nurse2 tme kasih cz jga baby dan telah mmbrikan pkhdmatan yang bagus tuk kiterorg....makanan pun SODAP...hee..hee..hee
oklah LOVE u...Muah...Dari Ibu-Abah- Iemi..Muahhh

Thursday, March 12, 2009

CIAN ANAK IBU...





Sedih ooo..tngok Iemi..ngtkan badan dia kna gigit nyamuk..mula2 ada 1-2 jew merah 2 okla lg..tp aku still ltk ubat kt tmpat merah tu.okla skit masuk ari ke 2 cam banyak jew kt perut iemi...kesian oo..nangis aku..Malam tu Adik aku ngan my SIS balik kampung bestnyer arrr jmpa mak abah...aku x balik cz myHB kjer.Compny baru ni sabtu mmg kna kjer ksian.tp xperla nk buat camnew Nak x nak kner kjer gak cz nak cari rezeki....Ari sabtu tu plak aku ngan baby tinggal berdua ..ksian aku tngok dia tergaru2 nangis lagi aku....eee cengeng je....huu..huu.. x blah arrr kalo baby sakit...aku sanggup sakit dr baby yg sakit...ckp ngan HB baby badan merah2 dia ckp ptg kang trus bawa g Panel HB kt seksyn 6 Kota damansara.emm xper arrr..ni merah2 tu dah merebak kt muka ngan tangan...jd terpaksalah aku pakaikan baby bedak sejuk ngan sarung tangan.Cz tangan dia sampai luka dah...ksian ooo cengeng lagi...:( .Emm pastu kul 1.30 myHB sampai..pastu apalg trus bawa g klinik...... Doktor ckp mayb Baby ni Elergik(Alahan) tp alahan apa ek...emm xperlah..Balik aku trus sapu ubat ngan bagi makan ubat...emmm pastu baby tdo....ksian diew....Emmm xperla sayang...Ibu ngan abah akan sentiasa di sisi mu.......Cayang Anak Ibu...CENGENG lg...aku ni mudah sangat nangis Sabor je lah....(Nak wat Camne Anak ngn Ibu)Cubit Peha kanan..peha kiri terasa jgak beb...Baby Pun zzzzzzzzzz.seminggu gak arr baby cam tu...Kesian Kan

BERKELAH KT TANJUNG HARAPAN

Tanjung Harapan (Ibu & Iemi)
Tanjung Harapan - Best
Best Giler Beb
Ibu & Iemi- Bersantai
Family ku (Maa_Iemi_Nuar)

1 Mac 09 (Ahad) - Bangun tdo jew...my HB ckap.."Yang ari ni masak SOTO nak?" lama arr ayang x masak....Windu nk makan.. hee..hee.hee "klo nk tau tu mmg Fbret my HB tau. emm x perla kiter pun masak lg pun x wat apa2kan ari ahad.my Hb pun gie arr cari bahan2nyer.Lepas uruskan baby Iemi kiter pun mula arr operasi membuat SOTO.Kiter pun bg tau arr my SIS yang ari tu kiter wat SOTO...suka bangat dia....yer arrr dah 2 week dia berpantang cz dia telah di serang Chicken pox (Cacar air) cian my SIS...xperla Dugaan..Kiter mula masak kul 2 Siap sepenuhnya kul 4 emm..yummi..yummi... sedap ooo kiter masak....ahakzz (perasan bebenor ) Dah siap smua..call lah my SIS soh dtg umah.dia ckp ok...x lama tu msj kt hp pun bunyi my SIS anto msj Emmm dia ajokla plak g berkelah kt tepi pantai... aku pun pkir arrr mana ada pantai kt kl ni....emmmm dia nk wat lawazz kot...aku call dia..dia ckp betol arr dia nk ajak g berkelah kt TANJUNG HARAPAN..(harapanla sangat...hee..hee) aku pun cakap arr ngan my HB dia ckp ok.Tp ada org ker kalo nk g berkelah kt saner petang2. emmmm compiussssss aku.Aku malas pikir aku ngan Adik aku pun gie arrr bungkus makanan tu dalam bekas..lps solat asar kul 5.00ptg kiterorg pun bertolak guna 2 bji keter.... jauhh ooo tp xper arrr bak kata pepatah "JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN". dlm perjalanan tu ujan ooo..kiter org dah x senang duduk dah... kalo ujan camner la kiterorang nk berkelah...emmm..HANCUSS HARAPANKU Di tanjung Harapan...Tp alhamdulilah sampai sana jew x ujan terang jew best giler kiterorang....angin kuat giler...bestnyer arrr ..apa lgi kiter org pun angkat arr smua makanan tu...org mmg ramai..ada family..couple2 emm tp mmg best...my Hb ckp apa kalo tmpat nilah tiap2 minggu datang pun xper...bukan apa lps my HB kjer kt tmpt baru bi cam tertekan jew..yer arrr mana x tertekan..ari2 kna balik kul 8 ooo kalo dlu 5.30 jew dah hilang dr opis..ni malam baru balik.masa ngan aku ngan iemi pun terhad....ari cuti jew baru blh nk bergurau senda ker apa ker..hee.hee. malas nk sempitkan pkiran dia. kecian tau.Ok sambung smula cter...best oo kt saner..tenang jew..kalo x cayer korang gie arrr mmg best giler...

KATA-KATA INDAH

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.
Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.
Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Yang ke-2 (17/2/2009)

khas buat Abah kimi...(suamiku)- (Mohd Hairul Annuar) Tiada apa-apa yang istimewa hanya Doa yang ibu/ayang pohonkan Semoga kita sentiasa diberkati dan kekal bahagia hingga ke syurga... dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..AMIN

**********Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim **********
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Sayang & Kimi Dikaulah Anugerah Terindah Buat Diriku..Terima Kasih Segalanya…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...