Tuesday, October 27, 2009

DOA SEORANG ISTERI...

Doa Seorang Isteri...

Ya Allah.
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat

Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan

Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya


Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian

MuKurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya


Tetapi ya Allah


Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu

Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suamiku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena


Ya Allah…


Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri

Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu

Sekiranya aku engkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah…

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu

Aku hina tanpa Rahmat Mu


Ya Allah…

Kuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu

Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu,


Ya Allah…

Ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yang kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu


Ya Allah Tuhanku…….

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa dihati

Amin,Ya Rabbi Allamin…….

TERKINI...


Huu..huuu Penyakit MALAS....kalau dah datang...semua tak bolaeh halang melainkan DIRI KITA SENDIRI,.huu..huu... aku xdek mood nk mengUPDATE akunyer blog..entah arrr. hee..hee..tp xper ni aku cover balik penyakit keMALASAN aku tu...aku akan masukkan seberapa byk entry tuk jd bahan bacaan korang...hee..hee..mata ngantuk..Lg2 sejak kebelakangan ni aku kerap kali MIGRAIN...huu..huu
Sabar jelah...tu yg membuatkan aku malas nk mengHUPDATE akunyer blog....byk bnda dah berlaku sepanjang 2-3 minggu sblm ni....akhir syawal aku wat makan2 alhamdulilah ramai gak yang datang selamat adik bongsu & akak aku ada..kalo x..hu..hu.letih ooo. syukur sesangat cz makanan pun cukup,alhamdulilah arr..tp aku nk mintak maaf kalo layanan aku ngn HB aku selaku tuan rumah kurang kt korang..almaklum arr ni kali pertama wat makan2 lps aku ngn HB aku berkahwin.Menu aku ari tu, SOTO,KEPOK LEKOR,MEE SUP,BIHUN GORENG,KEK,KEKACANG,AIR...RENDANG+NASI IMPIT+KUAH KACANG. emmmm..terkejar2 aku buat ari sabtu tu....hee..hee ISNIN aku MC camner x mc masa ari open house tu hbs kul 11.00pm...lps org balik aku mngemas arr ngn HB yer arr esok pg xpayah nk kemas2 dah leh rehat je lg, mlm tu siap mngemas kul 2.00am...lps siap..apalg tdo arrrr...mmg letih ooo.soknyer aku MC cz x larat sesangat.isnin tu aku,HB,BABY,CT(anak akak) Tidooooooo.Minggu lps aku g knduri sepupu abah kt Batu Caves...sedap oo nasi minyak+ayam masak merah+kari daging+masal lmak nangka+byak lg arr...mmg puas ati.....AKU TERINGIN NK MAKAN NASI KENDURI......sapa nk kawen jmput arrr aku.....AKU NK MAKAN...

SUAMI & IBU

Insan yg paling aku sayangi,DI dalam dunia, hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa mutlak ini. SUAMI dan IBU.
Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa mutlak ini sungguh besar ertinya di sisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.
Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya. Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya.
Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah di bumi lagi.
Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang soleh mendapat seksaan Allah di zaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajarannya.
Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar ke atas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyaAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa di bawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki).
Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.
SAYANG SAYANG,SAYANG MAK,SAYANG ABAH, SAYANG SEMUA.......

50 PETUA MENJADI SUAMI IDAMAN....

p/s: manusia tak sempurna tapi kalau dapat ikut sikit pun ok la kan...Mahu jadi suami yang disayangi oleh isteri dan berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? Berikut ada 50 petua:
1) Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
2) Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3) Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4) Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
5) Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
6) Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
7) Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
8) Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
9) Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
10) Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
11) Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
12) Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
13) Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil?
14) Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
15) Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
16) Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
17) Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
18) Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
19) Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?
20) Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
21) Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
22) Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
23) Gunakan Nabi Muhammad SAW sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
24) Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakkan kesilapan ini.
25) Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
26) Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.
27) Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.28) Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
29) Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
30) Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.31) Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
32) Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan kerenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
33) Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
34) Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
35) Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.36) Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
37) Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
38) Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
39) Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
40) Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
41) Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.42) Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
43) Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
44) Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
45) Suami wajar belajar jadi pengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
46) Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
47) Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
48) Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
49) Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
50) Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. Lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

"Siapa yang lebih cinta, dia akan lebih banyak memberi"

"Semuanya indah bila bercinta kerana Allah. Bertemunya tidak jemu. Berpisahnya tidak gelisah."

"Perkahwinan selalunya dimulakan oleh cinta...tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab"

"Kita dicipta berbeza. Marilah kita akui dan raikan perbezaan itu. Ia bukan pertentangan...tapi satu keindahan!"
Sayang...Sayang...SELAMANYA....

Wednesday, October 7, 2009

BUKIT GAMBANG CITY WATERPARK

MANDI MANDA DI GAMBANG WATERPARK

Sukernyerrr

Happyy
MANDI MANDA DI GAMBANG WATER PARK

Bestnyer arrr
Emmm Kesayanganku...

Tuesday, October 6, 2009

PERMATA HATI IBU&ABAH

Ikut Muka sapalah HERO.... IBU & ABAH ni....hee..hee

Semoga KIMI jadi anak yang Soleh,Menghormati Orang Tua...Ni Ibu ada TITIPkan mutiara kata khas untuk panduan anak ibu apabila DEWASA kelak dr DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Hayatilah....

“Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.”

“Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat, tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.”

“Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.”

“Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.”

“Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.”

“Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.”

“Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.”

“Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.”

“Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.”

“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”

.“Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.”

“Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.”

“Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.”

“Bercakap itu lebih baik daripada diam, tapi diam itu lebih baik daripada bercakap perkara yang merapu.”

“Cinta agung biasanya berjalan dengan penuh berliku.”

“Yang ada, yang banyaknya orang yang berkokok banyak, buatnya sikit, canangnya lebih.”

“Jangan cakap je, tapi buat, jangan buat je langsung tak bercakap.”

“Baju cantik hanya sesuai untuk orang yang kemas.”

“Sesungguhnya hajat,impian,cita-cita yang diimpikan adalah doa yang panjang dan berterusan yang sentiasa dipanjatkan pada-NYA.”

“Berkahwinlah kamu tatkala kamu benar-benar telah bersedia untuk digelar suami, isteri, ibu, ayah.”

“Biar azab kurang makan daripada azab terlebih makan.”

“Usahkan bulan, kalau nak matahari pun sanggup didekati. Usahkan badan sendiri, kalau tak nak dibiarkan berdaki.”

“Harimau yang mengaum itu tak makan orang, tapi kalau sebulan tak makan dibahamnya juga.”

“Bertenang itu kepintaran, kelam-kabut itu kebonggokan.”

“Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.”

“Kalau nak tahu kita ni pendek ke tinggi, tengoklah orang yang lebih pendek, tentu kita nampak tinggi.”

“Keji itu ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

“Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai tu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.”

“Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.”

“Orang tak hairan kita boleh buat majlis kahwin tiga hari tiga malam, tapi orang jadi hairan apa pasal tak pandai layan.”

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

“Kuli batak yang gaji kadang-kadang tak cukup itu lebih mulia daripada tauke besar yang EPF pekerjanya pun dia sapu.”

“Biar cakap sikit tapi bersama bukti; biar tak bercakap buktinya nampak.”

“Biar buruk di mata orang tapi indah di mata TUHAN, tapi tentu lebih bagus kalau indah di mata TUHAN juga indah di mata orang.”

“Tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi, kadang-kadang untung menanti di hujung.”

“Bercakap itu mudah sebab itu ramai sungguh orang melakukannya, tapi mengumpat itu lebih mudah sebab itu lebih ramai orang melakukannya.”

“Mempertajam kapak seminit itu lebih baik daripada menghayun kapak yang dempak sepanjang hari.”

“Rajin itu ubat, sedang malas itu racun.”

“Sama menolong sama beruntung.”

“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.”

“Angin selalunya membelai, jarang sekali menghempas, tetapi apabila dia mula menghempas pasti ada yang tidak akan faham lagi makna dibelai.”

“Soal bahagia letaknya di hati, justeru jadikan hati cetusan senyum.”

“Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”

“Biar jadi pintar benar-benar boleh digelar pintar, jangan gelaran saja pintar tapi hapah tak reti.”

“Dare to be different.”

“Biar papa asal bergaya, kalau dah papa macam mana nak bergaya.”

“Kalau boleh ketawa senyumlah juga sebab ketawa bercampur senyum itu memang bahagia.”

“Mari bekerja keras macam saya, jangan bersenang-senang walhal tak senang macam ramai daripada kita.”

“Orang baik terpancar melalui perbuatannya; orang jahat juga terpancar melalui perbuatannya.”

“Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Jaga makan, jaga badan bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan matlamatnya.”

“Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.”

“Kerana ada cinta orang boleh berjuang mempertahankan cintanya, tapi kerana ada cinta juga orang boleh berkorban untuk mempamerkan kebodohannya.”

“ Kalau nak buat kerja buat betul-betul, kalau tak nak buat baik tak payah buat.”

“ Kalau kamu nak jahat, jahat betul-betul, biar macam Firaun, baru berbaloi masuk neraka. Kalau setakat tipu orang seratus dua lebih baik jadi baik betul-betul, sebab balasannya Syurga.”

“ Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.”

Sekian...

Monday, October 5, 2009

NASI IMPIT vs RENDANG AYAM...

Huu..huu..petang kang aku nk masak rendang+ nasi impit (aku dah rebus mlm td) Emmm sedapnyer arrr x sabar rasanya.
Terbayang2 kt mata aku masakan tu..emm bahan-bahan smua daku dah sedia balik keje kang aku masak je...Aku nk wat rendang daging tp smlam HB aku bli ayam blh arrr..
Ada resepi baru ooo, masa raya ari tu g beraya umah jiran MIL aku...dia buat rendang or serunding memang sedap..pastu masa kiterorg makan2 tu...dia cam tau2 je...yg kiterorang nk resepi masakan tu..(tp malu nk mintak) hee..hee pastu dia kasi arrr..mmg lain dr yg lain cara pnyediaan dia tp mmg POWER ....
Ngat balik kang nk buat rendang tu tp daging plak xdek....emm xperlah buat lain kali, ayam blh gak tp x sesedap daging tau.Emmm yummy..yummy..Nampaknyer ptg kang wat rendang ayam arrr..(Versi MAK MERTUA AKU)

Sunday, October 4, 2009

AKU TERUJER...

Hu..huu.. lth ooo ari ni..nk kjer pun xdek mood mata ngantuk...bdn lmah smua ada cukup pakej kalo nk TIDO tau..hee..hee


Emmm semalam aku ngan HB cr brg umah BKN kt TESCO or GIANT tp kt MYDIN..murah gila arr..terujer aku...cz sblm ni kalo aku bli brg umah msti hbs dlm rm 300-400 (kalo brg biasa je mau lbh rm 200) tau tp smlam aku bli brg biasa aarrbaru rm 175++ x sampai rm 200 troli pnuh..perh...gile kan...emmm (kicapbesar/susu/minyak/gula/tpung/sabun/softlan/sardin/telur/semua jnis bwang/kntang/rempah ratus/kntang greng/nuget/ byk arr lg...kalo kt tesco orr giant aku yakin rm 200++)lps ni aku nk cr brg umah kt sana jer arr...puas ati ooo) di kesempatan itu jugak aku bli arr langsir baru tuk umah...warna meroon ....nnti aku msukkN PIC.


Ok lps bli brg umah aku g cash & converter (klana jaya) sesajer jln2 pastu kiterorg g sg.buloh tngok perabut (wescourts). terbaca dlm paper ada sales tuk perabut...kiterorg bliarr tuk umah...kiterorg total2 hbs dlm rm 1000++ belanja hari itu sahaja termasuk barang umah ... emm xperlah janji nmpak brg... kul 3.30 ptg baru makan....kiterorg mkn kt vichuda k.dmansara...kul 4 sampai umah ...kemas2 umah sikit...Hb tdokan KIMI aku kmas umah...yer arr prabut sampai ptg tu gak...emmm bagus2 (versi upin ipin -cepat lg pantas servis dia)

Wescourt Sg Buloh
Malam lps umah dah slesai aku pasang langsir, slamat HB aku tlong aku sikit kalo x..emmmm lmbik bdn ooo lth sangat ni....

HABIS....nk TIDO jap BLH x?

BUKIT GAMBANG WATERPARK RESORT CITY

30-10-09 - Ari ni aku ngn Hb aku turun Kuantan cz kawan masa aku blajar dlu kawen...

Aku bertolak kul 9.00 pg sampai kuantan kul 12.00t/h tersesat cari umah...kiterorang pusing punya pusing baru jumpa yerla kan seINGAT aku sekali je aku pnah g umah dia...dah lama dah tahun 2003 kalo x salah aku arr tu pun masa "arwah ayah kwn aku ni meninggal.." emm apapun alhamdulilah jmpa gak...


Dah lama nk makan nasi knduri...last2 dpt gak makan..banyak lauk pauk dia puass oo makan..tu pun kna controll sikit..hee..hee apa pun mmg berpuas ati..


Aku balik kul 3 arr dr sana, x smpat aku nk slam ngn pengantin yer arr masa tu dia ngan di tepung tawar oleh famly kedua2 pihak...Apapun kak E aku doakan agar ko bahagia di samping org yg tersayang ok...Muah..(Bercinta masa belajar lg tau...Mesti Poli akan mnjadi sejarah percintaan korang nnti kan..)


kat sana aku jumpa Renny, Ina ngn Kak Tie je..yg lain aku x nampak...Emm oklah lps aku balik dr umah kak E aku ngn HB aku trus g GAMBANG waterpark...9sesaje bawa si kecik ni main2 air..ok arr tempat dia..Pic nnti aku masukan..Memandangkan Waterpark tu baru buka.. tiket masuk bg dewasa rm 19.00 je..emm murah la tukan...aku rasa nnti tiket dia msti semahal sunway logun kan...emm apa pun kitre tunggu je...


Waterpark tu tmpat tersorok sikit arr tp mmg best arr..aku x jd tdo sana..ngt nak bermalam kt sana tp x jd cz ada program lain esoknyer (ahad). aku ikut je cz HB aku yg drive apapun.....kcian dia tau...letih ooo..


Nanti korang ada masa korang bawa arr anak bini korang g sana mmg best...dahlah murah...pastu sgala kmudahan ada tau...setiap kawasan akan ada org kawal..memang best arr...kalo korang x caya nanti aku masukkan pic ok...

KENDURI KAWEN ..E.Z.U.R.A & F.I.R.D.A.U.S

SELAMAT PENGANTIN BARU 031009


Sama Cantik, Sama Padan...

Selamat Pengantin Baru.....Semoga Kekal Hingga ke akhir hayat..

Semoga Berbahagia...

Kak Tie & AKU

Kak Tie & Renny (Ni..Bakal Mengikut Langkah Aku,Ezura Ngn Ita)

3-10-2009

Telah terjalin arr 1 ikatan yang sah diantara kwn aku EZURA dan pasangannyer FIRDAUS,

Aku doakan agar ikatan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Apapun ni adalah sikit pic kawen EZURA&FIRDAUS (ni aku mintak dr Kak Tie..Akunyer kamera lupa nk bawak...nanti aku masukan lg ok. apapun TQ kak tie)
SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan dr MaaNuarKimi (Maa&Family)

Friday, October 2, 2009

CITER MASA MALAM 30 09 09

Hee..hee.. Mals aku nk update blog semalam....cz badan cam letih sesangt..x tau napa? Kalau korang tau korang kasi tau arr...
Apapun SUPRISE IBU ngn KIMI malam tu tuk HB/ABAH berjalan ngn lancarnyer...
Emmm Oklah aku mulakan citernyer ok, Petang tu lepas balik dr opis aku trus g ambik si KIMI umah pengasuh dia...Tingkat 4 tu...(xper arrr ari2 kalo ibu turun-naik2 cam ni mau kurus ibu nnti x payah nk diet2) hee..hee.. Aku sampai je umah aku tngok cina yg nk pasang air-cond tu dah ada....Aku tnya lama dah ke..dia ckp adalam dlm 20mnt (emmm awatla dia dtg awal, aku dah ckp aku sampai umah kul 6++)emmm xper arr abaikan..
Ari tu kelam kabut aku cz yer arr dahla malam tu aku nk celebrite BESDAY myHB emm..sabar je lah...apapun smua berjalan ngn lancar,memandangkan ari tu HB aku balik lewat dr biasa emm dlm kul 930++ sampai umah..(katanyer byk krojer) emmm cian dia..
Ok, kerja2 pemasangan air-cord tu berakhir pukul 8.00mlm..aku apa lg..terus kemas
umah->Mandi->bg KIMI makan huu..huu lth oo wat kjer terkejar2 yer arrr nk wat kezutan...(selamat ari tu aku BENDERA merah blh arr trus wat kerja tanpa henti kalo x terlewat solat aku).HB aku ada call"yang camner air-cord ok tak?" aku ckp ok je....apa2halll syg tngok nnti... ok arrr
Korang tau punyer arr nk buat suprise..aku 2-3 kali pasang api lilin kt kek tu...ngat HB aku balik rupanyer bukan :) kali ke4 barulah betul HB aku balik..aku pun nyalakan lah lilin atas kek dlm blik aku.cz aku tau laki aku akan msk blik dlu cz nk tengok air-cord.Betul tekaan aku...lpas dia masuk aku follow arr ngn si KIMI...kimi apa lg suka arr dia czz dlm blik terang ngan nyalaan lilin je..(romantic gitu) aku suh dia tiup lilin tu dia cakap xper arr soh KIMI tiup cz dia nmpak XCITED sangat lilin tu...emmm apa lg...tiup arr dia...suka sangt dia..Pic ada tp ada kt HP HB aku arr..nnti arr ada masa aku uplodkan ek...
Malam tu lpas mkn kek dan makan malam...jam pun dah kul 11+++ apalg si KIMI pun dah hua....hua..banyak kali dah...last2 kiterorg pun tertidoooo ngan lenanyer di samping air-cord baru......ZZZZZzzzzz
HABIS Da.....

JOMzz LAYANzzz T.A.G - II

Lama dah pending tag nie So skrang nak buat...

SOKLAN CEPU+MAS

Nama timangan:
Ayg, Ibu, Maa,Cemah....CT

Anda seorang yang:
Simple, Lembut,Pemalu,degil@ Keras kepaale blablablaTp aku rasa kalo korang nk tau lebih lanjut..pasall aku...korang kenal kenal aku dlu.."x kenal makan x cinte" tul tak?

Lagu kesukaan:
More on slow rock, Jie-wang2

Movie terBesttt:
Lawakz Jenaka,Cintan Cintun,Perang2, Banyak lg oooMalazzz nk tulih..

Makanan kesukaan anda:
Emmm Masakan Kampung..Westen2 ni aku x minat- Nak wat guane LIDAH MELAYU.. hee..hee

Minuman kegemaran anda:
Ayaq Kelapa,Ayaq Buah, Ayaq Suam Yang Penting Bukan Air yang berGAS kuikuikui

Sikap yg membuatkan anda stress:
Bler Depan kiter punyer arr baikk tp kt belakang nauzzubillah....(Talam 2-3 Muka)

Benda yg mesti ada dlm beg:
Wallet (include card, money, IC, ), H/phone, compact, lipgloss,kunci umah..banyak lg arrr kalao x penuh beg x sah...hee..hee

Kali terakhir anda menangis dan mengapa?
Emmm Masa raya ari tu...hu..hu..hu..syahdu sungguh masa salam bersalaman..Bler gaduh ngn HB ha..ha..haarrrrr

Okies Dah Siap....

Thursday, October 1, 2009

JOMzz LAYANzzz T.A.G

10 CIRI LELAKI YANG LAYAK MENJADI SUAMI ANDA
Wah..ad org ni kasik aku tag...die bilang aku ske jwb tag... yer ye la tu....... Apapun aku akan jawab WALAUPUN aku sudah ada SUAMI...hee..hee (Ada tak ciri2 tu kt HB aku kalau nk tau JOMZZZ LAYANZZZ...Ceh...Wah.....hee..hee)
1) AGAMA
Mestila aku nk yg ada pegangan agama...kalo x Camner nk bimbing aku ngn anak2 kiterorang nanti..

2) MENGHORMATI IBU & ABAH KU
Sebab dia bkn sj kawen ngan ak..malah die trut mengahwini keluargaku...
3) MENERIMA AKU SEADANYA
Terima kekurangan dr ini...

4) BERTANGGUNGJAWAB
Supaya hidup aku, Dia dan anak2 terjamin ngan nafkah yang di berikan

5) PANDAI MENGAMBIL HATI
Kalau aku majuk...leh la die pujuk kn..

6) BIJAK
Bijak dr segala hal...bijak mnguruskn masa...bijak mbuat keputusan yg rasional...bijak mengatur pjalanan hdup n rumahtangga....

7) X PANAS BARAN
Yang panas baran 2...lupekan jela ek...xnk la nnt kalo gado ke ad mslh ke...mule la naik tgn kt pipi ke...menendang ke...huhuhu...x hormat da namanya 2...Aku kalo aku gado2 pun paling x pun aku suke...senyap je..malas nk melawan..kang mlawan kang DOSE dpt Telinga pun panas tahan CERAMAH cik Abang hee..hee

8) KELAKAR @ MANJA
Ha...ni ske gak...kelakar yg x dibuat2...tp yang x bestnyer...HB aku kalo wat klakar dia jarang buat depan org...Kalo aku ngn dia je okies...hee..hee

9) AMBITIOUS
Sentiasa bcita2 utk memajukn dr.....bkn memundurkn dr..
10) SEGALA SIFAT MAHMUDAH YG ADA....

p/s---> Apa yg tsenarai di atas...adalah ciri2 yg aku nk...Alhamdulilah SEMUA ada kt HB aku...Aku tau wanita skrang pun da pndai mncari lelaki yg ad agama yg tggi...wanita zaman dlu dan skrg lain...tp itu hanya yg drancang...segalanya Allah yg tntukn...stp pemberianNya ad hikmahnya...kte perlu bsyukur...dan jika kte x dpt ap yg kte inginkn...bsabarlah...Allah pasti ada agenda yg lbh baik bt kte.....insyaAllah...

MaaNuarKimi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...