Friday, September 4, 2009

INFO..."IBU AYAH JOM BACA"...

Perangai budak2 memang camni kan? Adamasa tu aku geram betul, nak marah sangat nak2 time aku penat2 balik keje dan diorg buat perangai. Kadang2 rasa lawak n terhibur bila diorg buat aksi yg kelakar dan mencuit hati. Yang penting, aku kena banyak bawak bersabar. Rumah tu tak boleh nampak kemas, memang ada tukang menyepahnya. Tak sampai 10 minit lepas menyapu, mesti ada semula sampah sarap.

Aku ada baca pasal Shichida Methods, iaitu cara jepun melatih anak menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif daripada otak sebelah kiri. Meh aku share sket cara2nya. Aku google je sebenarnya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh/solehah, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah…. tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak tu dah tidur, ramas-ramas / picit jari atau tangan dia supaya dia kembali berada dalam situasi tidur2 ayam.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Adabanyak jual kat kedai… blh ajar ABC, 123, buah, anggota badan, haiwan dll. tunjuk kat dia orang cepat-cepat.. insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu… seeloknya, guna la English…

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang la kita yang kene mengemas tapi takpe…satu lagi cuba lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh anak sambung lukis ikut apa yg kita lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan…. tau tak kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab diorg makan guna chopstik…chopstick tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab diorg boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat diorg…

5. Satu lagi utk develop imagination anak by start bercerita kat diorang dan suruh diorg sambung cerita tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa..

6. Main teka-teki ngan diorg, contohnya letak satu barang dalam kotak tissue and suruh diorg teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam bagi tau colour, bunyi, lama-lama diorg boleh develop six sence by concentrating. Diorg boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Buat setengah jam je sehari, tak yah lama2.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ke, basuh kain ke tengok tv ke, tak jadi….tapi semuanya atas keizinan Allah, kalau Dia izin anak kita pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik

Sekian catatan dari saya yg dah lama tak mengupdate blog

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...