Monday, April 6, 2009

SEINDAH HIASAN ADALAH W.A.N.I.T.A SOLEHAH

Hawa,
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yangmeringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanitayang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepadasyaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cintakerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki danwanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu,
awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanyacinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatankebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yangmembahagiakan dirimu.
Hawa..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehicinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagiaselain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncangiman lelaki.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanandengan mereka yang kelaparan.
*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak keciluntuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segalailmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasaberubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi,
jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
akan senantiasa adatangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda,
anda akan semakin mensyukuritelah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri dansatu lagi untuk menolongorang lain.
*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,bukan pada bentuk tubuhnya,atau cara dia menyisir rambutnya.
*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandangdunia. Kerana di matanyalahterletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapatberkembang.
*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikanyang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatiandan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...